Skip to main content

Selebriti

Amar Baharin Ada Pendekatan Tersendiri Didik Anak - “Anak Belajar Dari Apa Yang Dia Nampak, Bukan Apa Dia Dengar”

Anar Baharin anak

Sekilas

  • Amar Baharin berkongsi pendekatan mendidik anak dengan memberi contoh dalam pembentukan sahsiah dan amalan keagamaan.
  • Beliau menekankan bahawa anak lebih mudah meniru perbuatan ibu bapa daripada hanya mendengar nasihat.
  • Netizen memberi sokongan positif terhadap cara Amar dalam mendidik anak-anaknya.
Advertisement

Pelakon, Amar Baharin mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik anak-anaknya terutama dalam aspek pembentukan sahsiah dan amalan keagamaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Amar berkata contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku anak-anak.

Advertisement

“Gigih abang nak puasa 6, tengok keluarga buat, dia pun nak buat. Siap tunggu weekend. Jangan suruh, tunjuk,” kongsinya.

Tambah Amar lagi, dalam aspek perkembangan kanak-kanak, mereka lebih mudah meniru perbuatan berbanding mendengar nasihat semata-mata.

“Dalam child development, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar.

“Kau buat, dia ikut, cuma aku cerita lah hadis kelebihan puasa 6 hari selepas puasa Ramadan. umpama puasa setahun Lagi tambah semangat dia,” tulisnya.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan cara Amar dalam mendidik anak-anak.

Sumber: Threads @amarbaharin

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement