Skip to main content

Berita Tempatan

Amir Masdi AM: PM Showcase, Persiap 26 Lagu Bertaraf Konsert : “Impian Saya ada Malam Kedua”

Amir Masdi AM: PM Showcase, Persiap 26 Lagu Bertaraf Konsert : “Impian Saya ada Malam Kedua”

Sekilas

  • Amir Masdi akan mengadakan AM: PM Showcase pertama kali di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Disember 2026, menampilkan 26 lagu termasuk karya dari sisi kedua album PM.
  • Showcase ini dirancang lebih intim dan eksklusif, menggabungkan vokal, susunan muzik baru, dan elemen visual untuk pengalaman yang lebih peribadi bersama peminat.
  • Tiket bermula dari RM104 hingga RM254 dan sambutan pra jualan yang hangat membuka kemungkinan untuk menambah malam persembahan kedua.
Advertisement

Julung kali mengadakan Amir Masdi AM: PM Showcase, Amir, 30, melahirkan rasa teruja dengan rencana yang telah lama diimpikan bukan hanya untuk menghiburkan peminat tetapi pertama kali akan mempersembahkan karya dari sisi kedua album AM iaitu PM.

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Nur Cinta itu juga mengatakan Amir Masdi AM: PM Showcase yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Disember 2026 juga memberitahu sengaja ‘pertemuan eksklusif’ bersama peminat Amir Masdi digelar showcase bukannya konsert kerana mahu lebih intim bersama peminat.

Advertisement

Malah showcse yang menyaksikan Pown Asril sebagai pengarah muzik ini juga sudah boleh dimasukkan dalam kategori konsert menerusi repetoir 26 buah lagu yang akan dipersembahkan.

Bercakap mengenai keputusan mendendangkan 26 buah lagu dalam durasi showcase sekitar dua jam, Amr menyifatkan ia adil untuk memberikan sesuatu yang ‘lebih’ kepada calon pembeli konsertnya.

“Saya rasa walaupun ini hanya sebuah showcase, adalah adil untuk saya berikan sesuatu yang lebih kepada pembeli atau peminat. Hal ini kerana saya melihat jika konsert ia lebih kepada

Advertisement

“Saya mahu belanja mereka kerana kami mempunyai tempoh dua jam untuk persembahan itu. Jadi, dalam tempoh dua jam itu, mungkin sekitar 26 lagu boleh kami sediakan termasuk dua lagu cover song yang boleh mendekatkan diri saya dengan peminat,” kata Amir.

Bercerita lanjut tentang showcase anjuran AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment, showcase tersebut juga bakal menampilkan sisi lebih peribadi Amir sebagai penyanyi, penghibur dan pengkarya menerusi persembahan yang menggabungkan vokal, susunan muzik baharu serta elemen visual.

“Saya selalu percaya setiap lagu ada kisahnya sendiri, dan setiap peminat juga ada cerita yang menghubungkan mereka dengan lagu-lagu tersebut. Saya mahu semua yang hadir bukan sekadar menonton persembahan, tetapi pulang dengan kenangan yang sukar dilupakan,” katanya.

Tambahnya lagi, berbanding konsert yang lebih bersifat meraikan dan menikmati karya yang telah melekat dalam hati peminat Amir Masdi AM: PM Showcase dipilih kerana pelancaran PM.

Ujarnya: “Saya mahu mengeluarkan sisi PM. Kalau konsert, ia lebih kepada meraikan dan menikmati lagu-lagu yang sudah dikenali. Jadi, showcase lebih kepada mempersembahkan lagu-lagu yang sudah ada serta lagu-lagu yang masih belum dilancarkan.

“Saya mahu mempersembahkan lagu-lagu yang pernah saya hasilkan sebelum ini dan pada masa sama memperkenalkan lagu-lagu baharu yang bakal saya miliki untuk dipersembahkan kepada mereka semua.”

Amir saat ditanya kebarangkalian showcase tersebut dilanjutkan menjadi dua malam selepas melihat tiket pra sale mendapat sambutan hangat melahirkan rasa teruja.

“Memang itu impian kami dan saya sangat senang hati jika dapat menghiburkan, menyanyi buat peminat saya untuk dua malam.

“Jika benar tiket saya akan habis dijual, saya dan tim perlu duduk berbincang untuk merealisasikannya,” kata Amir.

Harga tiket bagi Amir Masdi AM:PM Showcase bermula dari RM104 hingga RM254 boleh dibeli menerusi Ticket Empire.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement