Skip to main content

Selebriti

Amira Othman Jawab Dakwaan Hamil, Babak Dalam MV ‘Bincang Raya’ Bukan Fasal Diri Sendiri - “Tak Ada Bagi Hint…”

Amira Othman jawab speku hamil

Sekilas

  • Amira Othman menjelaskan babak hamil dalam video muzik 'Bincang Raya' hanyalah elemen jalan cerita dan tiada kaitan dengan dirinya yang sebenar.
  • Sejak awal perkahwinan, Amira sering menerima komen mengenai 'baby bump', namun dia dan suami akan berkongsi berita kehamilan jika benar berlaku.
  • Video muzik 'Bincang Raya' telah dilancarkan secara rasmi di YouTube dan Amira berkahwin dengan Fattah Amin pada September tahun lalu.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Amira Othman menjelaskan babak memperlihatkan dirinya sedang hamil dalam video muzik lagu ‘Bincang Raya’ tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Amira atau Nadia Amira Othman, 33, menjelaskan babak tersebut sekadar elemen jalan cerita yang dirancang bagi menambah kejutan dalam video muzik lagu berkenaan.

Advertisement

Kata Amira, sejak awal perkahwinannya lagi dia sering menerima komen daripada orang ramai yang mendakwa kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

“Babak tu tak ada kena mengena (hamil). Saya pun tanya suami kenapa buat macam tu. Kami cuma nak buat babak plot twist sikit. Tak ada bagi hint apa-apa pun.

“Daripada awal lagi saya kahwin memang orang cakap nampak baby bump. Kalau memang benar kami akan kongsikan (berita kehamilan),” katanya kepada Gempak.

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini memberitahu dia dan suami akan berkongsi dengan peminat sekiranya ada berita gembira tentang kehamilannya.

“Insya-Allah kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan. Setiap kali kita nak kongsi apa-apa sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat-nasihat orang-orang alim ulama.

“Lagi pun bukan kita nak sembunyikan apa-apa cuma bergantung kepada keadaanlah,” ujarnya.

Video muzik Bincang Raya mula ditayangkan secara rasmi pada pukul 7 malam Isnin di saluran YouTube.

Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement