Skip to main content

Hiburan

Anak Hidap Autism Tahap Dua, Azza Elite Pilih Tak Hadir Jemputan Rumah Terbuka - “Risau Akan Timbulkan Rasa Tak Best”

Azza Elite

Sekilas

  • Azza Elite memilih untuk tidak hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di rumah kerana risau anaknya, Adam yang menghidap autisme ringan tahap dua, akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu.
  • Azza berkongsi pengalaman sedih apabila anaknya sering diasingkan dan mainannya dirampas oleh kanak-kanak lain kerana keadaan autisme yang dialaminya.
  • Dia lebih selesa duduk di rumah atau keluar makan di tempat awam kerana Adam lebih berkelakuan baik di situ dan Azza mahu melindungi anaknya daripada situasi yang tidak diingini.

Penyanyi, Azza Elite memaklumkan dirinya lebih memilih untuk tidak hadir sekiranya dijemput ke majlis rumah terbuka hari raya Aidilfitri.

Menurut Azza atau nama lengkapnya Nor Azzarima Zawari, dia memilih untuk berbuat demikian kerana risau anaknya yang dikenali sebagai Adam akan menimbulkan rasa kurang selesa terhadap tuan rumah dan tetamu.

Perjelas Azza, keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini berlaku selepas Adam didiagnosis autisme ringan tahap dua.

"Ada rumah terbuka kalau buat di rumah saya minta maaf tak hadir, saya risau kehadiran saya dan Adam akan timbulkan rasa tak best sebab Adam autism.

"Karang dia usik pemainan apalah, jadi saya memang ambil keputusan tidak hadir mana-mana rumah terbuka yang dibuat di dalam rumah. Kalau ada khemah tak apa sebab saya tahu Adam behave.

"Tapi dia masih budak autisme, jadi nampak mainan kang dia ambil macam mana, baik saya atau suami tak payah datang. Saya pun tak boleh kalau orang mengata dan marah anak saya," tulisnya di Threads.

Menerusi hantaran lain, pelantun lagu Trauma itu turut berkongsi satu kejadian menyayat hati yang berlaku terhadap anaknya yang kini berusia lapan tahun itu.

"Saya nampak saja orang rampas mainan dari anak saya sebab Adam tengah main. Budak-budak lain tak nak kawan dengan anak saya sebab dia autism.

"Kasihan anak saya, mainan kereta jangan cakaplah mak dia Azza Elite kut selambak dekat rumah ini," luahnya.

Disebabkan itu, Azza lebih memilih untuk tidak menghadiri jemputan dan sekadar duduk di rumah kerana merasakan itu yang terbaik.

"Kitanya cepat terperanjat, sebelum saya terperanjat lebih baik saya atau suami tak bawa. Nak pergi sendiri saja tapi saya pula tak sanggup, baik duduk rumah.

"Saya pula ibu yang melindungi, jadi saya bahagia saja duduk di rumah atau makan fine dinner dekat mana-mana. 

"Sebab kalau dekat luar Adam behave saja walaupun saya bawa dia ke hotel. Cuma bila dekat rumah orang ini saya paranoid sikit," kongsinya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must-Watch Video

Advertisement