Skip to main content

Hiburan

Anak Semakin Aktif, Wany Hasrita Terapkan Cara Didikan ‘Asian Mom’ - “Aishah Seorang Yang Senang Untuk Dijaga”

ASTROGEMPAK Wany Hasrita

Sekilas

  • Wany Hasrita berkongsi perkembangan anak perempuannya, Aishah Al Iman, yang semakin aktif dan mudah dijaga walaupun lasak.
  • Wany menggunakan gabungan pendekatan 'asian mom' dan 'gentle parenting' dalam mendidik Aishah, yang cepat faham teguran selepas beberapa kali diingatkan.
  • Aishah sudah biasa naik kapal terbang sejak kecil kerana sering dibawa bersama, dan Wany sentiasa sediakan aktiviti serta pilih waktu sesuai untuk perjalanan supaya anaknya selesa.

Penyanyi Wany Hasrita berkongsi perkembangan anak perempuannya iaitu Aishah Al Iman, yang kini semakin membesar dan aktif.

 

Menurut Wany, meskipun anaknya itu lasak, Aisyah sebenarnya mudah dijaga dan cepat memahami teguran yang diberikan.

 

“Alhamdulillah, anak saya okay saja. Cuma dah meningkat setahun usia ini, ada lagi macam panjang akalnya la. Tapi saya rasa Aishah seorang yang sangat senang untuk dijaga. 

 

“Yela, lasak itu memang lasak. Tapi memang kita kena sentiasa eyes on her 24/7 macam itu. Selalu bila saya tegur, untuk teguran kali ketiga Alhamdulillah dia okay. 

 

“Dia tak buat lagi dah. Saya pula memang menerapkan ‘asian mom’ punya pembelajaran dekat rumah tapi ada juga guna ‘gentle parenting’,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Wany turut berkongsi pengalaman membawa anaknya menaiki kapal terbang sejak kecil, menjadikan Aishah sudah terbiasa dengan situasi tersebut.

 

“Aishah dah biasa naik kapal terbang sejak kecil lagi… sebab setiap bulan dah bawa dia naik. Jadi dia dah sangat biasa dalam keadaan naik flight macam mana. 

 

“Memang ada rutin dan saya pun ada timing yang cun untuk naik flight… selalunya akan pilih memang waktu dia tidur. Kalau tak tidur, saya akan sediakan pelbagai aktiviti untuk dia. 

 

“Walaupun dia cepat suka nak buat benda lain, kita kena la bersiap sedia dalam segala benda,” ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

NIKO Animal Wooden Puzzle

NIKO Animal Wooden Puzzle

❤HUGGA❤ Jooki Bunny Plushie Rabbit Matcha Green

❤HUGGA❤ Jooki Bunny Plushie Rabbit Matcha Green

UV Light Fluorescent Tattoo Sticker for Party Concert | Pelekat Tatu Berfluoresen UV Glow Dalam Gelap Kalis Air

UV Light Fluorescent Tattoo Sticker for Party Concert | Pelekat Tatu Berfluoresen UV Glow Dalam Gelap Kalis Air

【RAYA SALE】PlayStation 5 Pro PS5 Pro Advanced Ray Tracing & AI Upscaling (2TB)

【RAYA SALE】PlayStation 5 Pro PS5 Pro Advanced Ray Tracing & AI Upscaling (2TB)

【RAYA SALE】Nintendo Switch OLED Model Neon / White Console + FREE Tempered Glass (1 Year Warranty)

【RAYA SALE】Nintendo Switch OLED Model Neon / White Console + FREE Tempered Glass (1 Year Warranty)

Moza Steering Wheel CSV2P / FSR / GSV2P / KS / RS V2 with R9 and R12 Direct Drive Wheel Base Racing Game Simulator

Moza Steering Wheel CSV2P / FSR / GSV2P / KS / RS V2 with R9 and R12 Direct Drive Wheel Base Racing Game Simulator

Must-Watch Video

Advertisement