Skip to main content

Hiburan

Anak Tiri Luah Rasa Rindu, Sifatkan Arwah Joey BPR Sebagai Lelaki Penyayang - “Awak Datang Dalam Kehidupan Kami Sejak 15 Tahun Lalu…”

Anak Tiri Luah Rasa Rindu, Sifatkan Arwah Joey BPR Sebagai Lelaki Penyayang - “Awak Datang Dalam Kehidupan Kami Sejak 15 Tahun Lalu…”

Sekilas

  • Anak tiri Allahyarham Joey BPR berkongsi rasa rindu dan penghargaan terhadap arwah yang sudah 15 tahun menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
  • Wanita itu mengenang jasa Joey yang sentiasa membahagiakan ibunya dan membuatnya rasa disayangi sepanjang tempoh tersebut.
  • Allahyarham Joey, 63 tahun, meninggal dunia secara tiba-tiba ketika membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Advertisement

Perkongsian anak tiri kepada penyanyi, Allahyarham Joey BPR atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi menerusi Threads telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi ciapan yang dibuat, wanita yang menggunakan nama @thesbk_ itu meluahkan rasa rindu terhadap Joey yang sudah 15 tahun menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Advertisement

“Awak datang dalam hidup kami 15 tahun lalu.

“Tahun ini sepatutnya dah 10 tahun awak berkahwin dengan mama,” luahnya.

Dalam masa yang sama, wanita ini turut mengenang jasa Joey yang disifatkan sebagai seorang insan yang telah membuatkan dirinya rasa disayangi malah tidak pernah gagal dalam membahagiakan ibunya.

“Awak buat mama bahagia dan buat saya rasa disayangi.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa saya rindukan awak. Tapi saya kena kuat untuk ,ama.

“Al-fatihah buat Johari Mat Rozekhi,” tulisnya lagi.

Allahyarham Joey atau Johari Mat Rozekhi, 63, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu selepas rebah tiba-tiba ketika membuat persembahan sempena program Laman Santai Seni Budaya Pesona Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement