Skip to main content

Indonesia

Anang Hermasyah & Ashanty Tunai Haji, Rayakan 15 Tahun Perkahwinan

Astro Gempak anang Ashanty

Sekilas

  • Pasangan selebriti Indonesia, Anang Hermasyah dan Ashanty, akan menunaikan fardhu Haji tahun ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.
  • Ashanty menganggap perjalanan ini sebagai hadiah terindah dan momen istimewa untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
  • Walaupun pernah gagal beberapa kali, Ashanty bersyukur dan berazam untuk bersabar serta saling memaafkan sepanjang menunaikan ibadah Haji bersama suami.
Advertisement

Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Anang Hermasyah dan isteri, Ashanty mengumumkan akan menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan fardhu Haji pada tahun ini.

Lebih bermakna, keberangkatan mereka ke Tanah Suci Mekah juga akan menjadi momen manis dalam rumah tangga kerana ia merupakan ulang tahun ke-15 mereka menjadi suami isteri.

Advertisement

Ashanty malah menyifatkan ia sebagai hadiah terindah dalam hidupnya.

“Masya-Allah, 15 tahun (menikah). Jadi kami rasa momen ini sangat istimewa kerana merayakan ulang tahun pernikahan dengan naik haji.

“Itu yang jadi sangat bermakna. Honeymoon, naik haji, Masya-Allah,” ujar Ashanty seperti dilaporkan Detik.

Meskipun diliputi rasa syukur, Ashanty juga sedar memgenai acabarán dan kekangan menunaikan haji berdua bersama suami.

“15 tahun perkahwinan kita tidak baik-baik saja, pasti ada pertengkaran yang terjadi. Jadi nanti di sana saya beritahu kami kena saling sabar. Jika ada selisih faham, cepat-cepat istighfar,” katanya lagi.

"Jadi tadi aku bilang sama dia, kita kan enggak ada setiap hari tanpa cekcok sebenarnya. Nanti di sana sabar-sabarin diri ya. Jadi banyak istigfar dan aku gak mau ada sedikit pun selisih paham," pungkasnya.

Terdahulu Ashanty sudah dua kali mahu menunaikan haji namun masih tidak dapat terlaksana. Dia pertama kali mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2018 dan dijadual berangkat pada 2024.

Namun impian tersebut tidak berjaya sebelum dia mencuba sekali lagi pada tahun lalu, namun masih gagal.

“Saya sempat rasa adakah saya kurang solehah dan kurang baik. Atau apa sajalah yang kurang atau ada salah.

Tapi jika Allah belum mengizinkan, maka ya belum,” katanya yang kemudian mengaku sangat teruja sehingga menangis kerana impian menunaikan haji bakal terlaksana tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Women's Slippers Ready Stock 2024 New Style Flat-Soled Women's Shoes Fashionable Outer Wear Plus Size 43

Women's Slippers Ready Stock 2024 New Style Flat-Soled Women's Shoes Fashionable Outer Wear Plus Size 43

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

Must Watch Video

Advertisement