Skip to main content

Hollywood

Andrew Garfield Guna Akaun Instagram Rahsia, ‘Ketagih’ Tonton Seramik Pelik

Andrew Garfield  Guna Akaun Instagram Rahsia, ‘Ketagih’ Tonton Seramik Pelik

Sekilas

  • Andrew Garfield mengaku tidak mempunyai Instagram rasmi tetapi ada akaun rahsia yang digunakan untuk mengikuti perkembangan berita dan kandungan lain.
  • Dia mengakui ketagih menggunakan Instagram, terutama menonton kandungan berkaitan seramik dan kraf dari Jepun, sehingga menghabiskan masa berjam-jam.
  • Untuk mengurangkan ketagihan, Garfield meletakkan telefon di bilik lain supaya lebih mudah mengawal keinginan untuk memeriksa media sosial.
Advertisement

Bintang Hollywood, Andrew Garfield mengakui tidak pernah memiliki Instagram rasmi, namun itu tidak bermakna dia tidak memiliki ‘akaun rahsia’!

Pendedahan tersebut dibuat sewaktu temu bual bersama Variety. Tanpa mendedahkan butiran akaun rahsianya,  bintang The Amazing Spider-Man itu memberitahu dia juga sama seperti pengguna media sosial yang lain iaitu sering terjebak berjam-jam dan ‘ketagih’ untuk mental skrin melihat pengisian di Instagram.

Advertisement

“Saya ketagih sama seperti orang lain. Notifikasi screen time saya sangat mengerikan untuk dilihat,” katanya dalam temu bual tersebut.

Malah Garfield menyifatkan dirinya juga ‘melampau’ dan melakukan hal yang tidak bermanfaat kerana sanggup menghabiskan masa berjam-jam di media sosial, namun sukar menghentikan tabiat itu.

Bercakap mengenai hal yang membuat dirinya menghabiskan banyak masa di Instagram, aktor itu memberitahu algoritmanya banyak berkaitan dengan seramik pelik dan pelbagai kandungan mengenai tukang serta penggiat kraf dari Jepun.

Advertisement

Garfield kemudian mengakui, untuk membantu ‘ketagihannya’ reda, dia berusaha menjauhkan diri daripada telefon.

Salah satu cara yang dilakukan adalah meletakkan telefon di bilik lain agar dia mampu mengurangkan ‘godaan’.

Bila telefon tidak berada di tangan, katanya, keinginan untuk mengambil dan memeriksanya juga menjadi jauh lebih mudah untuk dikawal.

Sebenarnya, pengakuan Garfield mengenai penggunaan akaun media sosial secara rahsia bukan perkara baharu. Dia sebelum ini beberapa kali mengaku memiliki akaun rahsia yang digunakannya untuk mengikuti perkembangan berita.

Anda mungkin berminat dengan

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

Kids Android Tablet 7”

Kids Android Tablet 7”

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

🔥Cat Paw 4/5 Tier Corner Rack Storage Toilet Rack Bathroom Rack Kitchen Rack Floor Shelf Punch-Free Rak Bilik Mandi 浴室架

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Must Watch Video

Advertisement