Skip to main content

Viral

Anes Ayunie Perjelas Maksud ‘Perit Nak Bantu Orang Miskin’ - “Saya Rasa Macam Dah Rosakkan…”

Anes Ayunie

Sekilas

  • Anes Ayunie berkongsi bahawa cabaran sebenar membantu golongan miskin bukan dari segi kewangan, tetapi apabila mereka menjadi terlalu bergantung tanpa berusaha untuk berubah.
  • Ayunie menegaskan bantuan harus memotivasi penerima untuk berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri, bukan terus bergantung kepada orang lain.
  • Produk keluaran Ayunie, Bariistar, mencatat kejayaan eksport ke Amerika Syarikat dengan penghantaran pertama sebanyak 16,800 botol sirap bernilai RM840,000 ke pasaran utama di sana.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan Anes Ayunie menjelaskan maksud ‘perit nak bantu orang miskin’ yang disifatkannya bukan kerana wang yang perlu dikeluarkan.

 

Advertisement

Sebaliknya, Ayunie berkata, perkara yang lebih mengecewakan apabila bantuan diberikan namun individu berkenaan dilihat semakin bergantung kepadanya sehingga tidak berusaha untuk mengubah kehidupan sendiri.

 

“Jujur cakap perit bantu orang miskin ni bukan tentang perit saya keluarkan duit bagi. Sebab memang saya adalah orang yang kalau boleh setiap hari nak kongsi rezeki. 

 

“Tapi ia memeritkan bila saya bantu, rupanya individu itu jadi lebih teruk! Banyak kali pula minta dengan pelbagai alasan. Bila saya periksa mesej dia, dah tiga bulan saya tanggung dia. 

 

“Bila dia rasa saya ni boleh tanggung, saya ni adalah emergency fund yang dia boleh dapat duit… engkau takkan usaha keluar daripada kemiskinan tersebut,” katanya kepada Gempak. 

 

Menurut Ayunie, bantuan yang diberikan seharusnya mampu membantu seseorang untuk berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri, bukannya menjadikan mereka terus bergantung kepada orang lain.

 

“Bagi saya, sebab itu kita tak boleh tolong dengan bagi duit… kita kena ubah dia untuk jadi orang yang pandai cari duit pula.

 

“Kalau tak, dia akan lebih miskin dan saya pun rasa macam saya merosakkan bangsa sendiri. Kalau fasal keluar duit, fasal tolong orang, tak apa! 

 

“Lagi banyak, lagi saya suka, lagi berkat bisnes saya, lagi Allah bantu saya. Tapi dengan menjatuhkan bangsa sendiri tu tak bolehlah... peritlah,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Ayunie turut meluahkan rasa syukur produk keluaran kilangnya iaitu Bariistar sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan menerusi penghantaran eksport perdana ke Amerika Syarikat (AS).

“Sebenarnya sejak dua tahun lalu saya mula eksport produk itu ke luar negara. Bagi saya sangat cepat, dalam masa dua tahun kita dah berjaya pergi ke beberapa negara.

 

“Dalam masa sama kita berjaya membawa masuk produk tu dengan sah. Alhamdulillah. Sebelum ni kita dah pernah eksport kepada sembilan negara.

 

“Termasuklah Korea, China, Vietnam, Indonesia, Singapore termasuk USA,” kongsinya. 

 

Majlis Flag-Off Penghantaran Kontena Produk Bariistar ke Amerika Syarikat yang berlangsung di MARA Halal Industrial Park, Batu Caves, Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi simbolik kepada satu fasa baharu dalam perjalanan Bariistar untuk memperluaskan capaian jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa.

 

Penghantaran pertama ini melibatkan sebanyak 16,800 botol sirap Bariistar dalam pelbagai perisa dengan nilai RM840,000. Produk berkenaan akan dihantar kepada M&C Barista Supply Company, yang telah dilantik sebagai pengedar eksklusif Bariistar bagi pasaran Amerika Syarikat.

 

Melalui pembangunan jaringan pengedarannya, Bariistar menyasarkan untuk menembusi antara 2,000 hingga 5,000 premis coffee shop, restoran dan perniagaan makanan dan minuman (F&B) di Amerika Syarikat, termasuk beberapa pasaran metropolitan utama seperti Detroit, New York City, Chicago, Phoenix, San Francisco Bay Area, Philadelphia, Dallas dan Seattle.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Sawanah Mega Kaw Cocoa 900g

Sawanah Mega Kaw Cocoa 900g

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement