Skip to main content

Hiburan

Anggap Satu Penghormatan Berlakon Bersama, Idan Aedan Tepis Dakwaan Dian Sastrowardoyo Sombong Di Set

Anggap Satu Penghormatan Berlakon Bersama, Idan Aedan Tepis Dakwaan Dian Sastrowardoyo Sombong Di Set

Sekilas

  • Idan puji Dian sebagai pelakon yang mesra, rendah diri dan mudah bekerjasama sepanjang penggambaran filem The Fox King.
  • Dian dilihat tidak sombong dan selesa bergaul dengan pelakon lain walaupun mempunyai nama besar dalam industri perfileman Indonesia.
  • Idan anggap peluang berlakon bersama Dian sebagai impian yang menjadi kenyataan dan kini bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik FFM35.
Advertisement

Berkongsi pengalaman bekerja bersama Dian menerusi filem The Fox King, Idan menyifatkan pelakon drama Gadis Kretek itu sebagai seorang yang mesra, merendah diri dan mudah bekerjasama.

“Dia tidak bersifat ‘diva’ bahkan sangat merendah diri, tak sombong dan mudah bekerjasama.

Advertisement

“Bagi seorang yang mempunyai nama besar seperti dia saya terkejut sebab  dia banyak bertanya pendapat kami tentang bagaimana kita mahu melakukan sesuatu babak di set penggambaran,” katanya kepada Gempak.

Idan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Top 5 Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

Menurut Idan, sikap terbuka Dian turut dapat dilihat ketika mereka menunggu giliran untuk menjalani penggambaran apabila aktres itu tidak kekok meluangkan masa bersama pelakon lain.

Advertisement

Malah, Dian juga selesa bergaul dengan mereka tanpa meletakkan batasan meskipun memiliki nama besar dalam industri perfileman Indonesia.

“Kadang-kadang kami duduk di tepi jalan, ketawa dan melepak sementara menunggu babak, begitu sahaja.

“Dia memang tidak sombong langsung dan seperti ada seorang kakak sendiri, sangat menyenangkan serta sentiasa memberi bimbingan.

“Kalau orang cakap dia sombong, itu langsung tidak betul,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Idan menganggap peluang bergandingan dengan Dian menerusi The Fox King sebagai satu pencapaian istimewa memandangkan aktres berkenaan antara nama yang diimpikannya untuk bekerja bersama.

“Berlakon bersama Dian, memang impian jadi realiti dan sebenarnya dia adalah salah seorang pelakon yang saya sasarkan untuk bekerja bersama.

“Jadi, apabila dapat bekerja dengan dia, memang seronok malah dapat belajar banyak perkara daripadnya sepanjang tempoh penggambaran.

“Walaupun selepas penggambaran, kami masih berhubung dan saya masih mendapat bimbingan daripada dia. Dia memang banyak membantu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Idan bakal bersaing dengan barisan pelakon berpengalaman iaitu Shaheizy Sam menerusi Badak, Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu) kategori Pelakon Lelaki Terbaik FFM35 menerusi lakonannya dalam filem Abah Saya Uncle Mike.

FFM35 yang bertemakan Spektrum Sinema dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 21 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement