Skip to main content

Hiburan

Anggrek Sama Seperti Kanak-Kanak Lain, Adira Suhaimi Sentiasa Kawal Penggunaan Telefon - “Dari Awal Saya Dah Bagi Dia…”

ASTROGEMPAK Adira (1)

Sekilas

  • Adira Suhaimi sentiasa mengawal penggunaan telefon bimbit anaknya, Anggrek, dan memberi pendedahan awal tentang dunia hiburan.
  • Anggrek tidak mengambil pusing komen negatif dan masih menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa tanpa terkesan dengan kritikan.
  • Walaupun dikenali sejak kecil, Adira memastikan anaknya tidak kehilangan zaman kanak-kanak dan kekal menjadi budak sembilan tahun yang sama.
Advertisement

Menerima pelbagai kritikan dan komen negatif, penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia sentiasa mengawal penggunaan telefon bimbit anaknya, Anggrek. 

 

Advertisement

Menurut Adira, dia sudah memberi pendedahan awal pada anaknya tentang dunia hiburan namun berharap Anggrek tidak mengambil pusing mengenai perkara negatif. 

 

“Saya memang akan kawal penggunaan telefon dan Anggrek pun sebenarnya, saya rasa dia seorang anak yang faham dengan permainan media sosial ini macam mana. 

 

“Lagipun, saya dari awal dah bagi dia pendedahan sikit-sikit mengenai industri… kadang-kadang ada orang tak suka, ada yang suka. Jadi benda itu normal. 

 

“Tapi kalau boleh jangan simpan dalam hati lama-lama (komen negatif). Kita hidup ini pun kalau orang tak kenal, ada saja orang-orang macam itu, jadi jangan ambil pusing sangat,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ombak Rindu berkata anaknya tidak pernah bertanyakan mengenai kritikan dan komen negatif. 

 

“Buat masa ini, dia memang tak pernah tanya apa-apa berkenaan dengan komen negatif. Selama ini, apa yang dia tahu buat persembahan dan balik rumah. 

 

“Dia sama saja macam kanak-kanak biasa, orang yang sama dan anak yang sama. Dia tak ambil pusing pun benda-benda negatif. Dia pun tak baca semua benda itu. 

 

“Ada benda yang kita kawal, ada benda yang kita tak apa. Kadang-kadang dia perlu tahu saja benda tu untuk buat dia lebih biasa, tapi Alhamdulillah so far saya tengok Anggrek dia okey saja,” ujarnya. 

 

Adira juga bagaimanapun berkata biarpun Anggrek didedahkan dalam dunia hiburan di usia yang muda namun anaknya tidak pernah kehilangan zaman kanak-kanak. 

 

“Walaupun Anggrek dah dikenali dalam usia yang sangat-sangat muda tapi sebagai ibu juga saya takkan bagi dia hilang zaman kanak-kanak dia tu la. 

 

“Macam saya cakap, walaupun dah ramai orang kenal dia tapi dia masih lagi orang yang sama, budak sembilan tahun lagi. So tak ada apa benda yang berubah sangatlah Alhamdulillah,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement