Skip to main content

Hiburan

Anna Jobling Bukan ‘Anak Emas’ Baim Wong - “Janganlah Cakap Saya Hanya…”

Anna Jobling

Pelakon, Anna Jobling menolak dakwaan bahawa dia adalah ‘anak emas’ kepada pengarah dan pelakon Indonesia, Baim Wong. 

Menurut Anna, meskupun sudah dua kali membintangi filem seram arahan Baim namun tidak adil untuk melabel dirinya sedemikian kerana dia turut berlakon di bawah arahan pengarah lain di Indonesia.

“Saya berlakon di Indonesia bukan dengan Baim saja. Ada juga filem bersama pengarah lain juga, janganlah cakap saya hanya berlakon dengan Baim saja.

“Saya tidak merayu pun untuk diambil berlakon kalau dapat tawaran kecil pun saya okay saja” katanya kepada Gempak. 

Anna ditemui media ketika menghadiri malam gala tayangan filem Sukma di GSC Mid Valley baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Anna juga menafikan dia hanya menerima tawaran berlakon filem di Indonesia. 

Menurut Anna, ada sahaja menerima tawaran filem di Malaysia namun lakonannya dalam drama lebih menonjol jika di Malaysia. 

“Saya ada terlibat dalam filem di Malaysia. Nanti filem lakonan saya dalam Duyong pun akan keluar. Mungkin di Malaysia lebih banyak lakonan saya dalam drama, jadi ada yang sangka saya hanya pilih filem Indonesia,” tambahnya. 

Terdahulu, Anna Jobling tampil dalam filem seram arahan Baim Wong berjudul Lembayung. 

Terbaharu, Anna sekali lagi diberi kepercayaan untuk berlakon untuk filem seram berjudul Sukma bersama  Luna Maya, Christine Hakim, Fedi Nuril, dan Oka Antara. 

 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement