Ringkasan AI
- Anzalna Nasir percaya kebahagiaan rumah tangga bukan hanya bergantung pada kestabilan kewangan.
- Beliau menekankan pentingnya usaha bersama suami isteri untuk memperbaiki kelemahan diri dan saling menghormati.
- Kebahagiaan sebenar datang dari saling melayani dengan kasih sayang dan perhatian.
- Komunikasi terbuka dan kejujuran antara pasangan adalah kunci utama keharmonian rumah tangga.
- Anzalna mendoakan agar semua pasangan dikurniakan hubungan yang berkekalan dan penuh kebahagiaan.
Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir, berpendapat bahawa kebahagiaan rumah tangga bukan hanya diukur melalui kestabilan kewangan.
Sebaliknya kata Anzalna, kebahagiaan rumah tangga memerlukan usaha bersama antara suami dan isteri, termasuk dalam memperbaiki kelemahan diri, saling menghormati, serta menunjukkan kasih sayang dan perhatian antara satu sama lain.
“Perkahwinan yang bahagia bukan hanya tentang wang, sudah tentu wang itu penting, tetapi kebahagiaan sebenar datang apabila kedua-dua pasangan sama-sama berusaha memperbaiki tabiat buruk.
“Menghormati antara satu sama lain, dan paling utama, saling melayani dengan penuh kasih dan perhatian,” kongsinya menerusi hantaran di platform Threads miliknya.
Tambah Anzalna lagi, komunikasi terbuka dan kejujuran antara pasangan juga merupakan kunci utama dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
“Komunikasi yang terbuka serta berkongsi segala perkara dengan pasangan sangat penting.
“Saya berdoa agar kita semua dikurniakan hubungan yang berkekalan dan penuh kebahagiaan bersama pasangan masing-masing. Amin,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian Anzalna:
