Skip to main content

Hiburan

Anzalna Nasir Kongsi Detik Bermakna 2025, Beri Bayangan Pernah Hamil Pada Awal Tahun - “Kalau Tak Mesti Dah Sebaya Dengan Anak Afifah”

Anzalna Nasir

Sekilas

  • Anzalna Nasir berkongsi bahawa dia disahkan hamil pada awal 2025, namun tidak berakhir dengan kelahiran.
  • Pelakon itu mengakui menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tahun ini tetapi menganggapnya sangat bermakna.
  • Dia berharap tahun 2026 membawa lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan untuk dirinya dan keluarga.

Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi luahan penuh bermakna menjelang akhir tahun 2025.

Menerusi Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir ini memaklumkan dirinya disahkan hamil pada awal tahun lalu namun seakan memberi bayangan bahawa ianya tidak berakhir dengan kelahiran.

“Permulaan 2025 yang lalu, Allah kurniakan saya rezeki untuk hamil. Kalau lahir, anak saya mesti dah sebaya dengan anak Afifah (adik Anzalna) iaitu Syed Armand Mateen.

“Saya dan Afifah hamil pada waktu lebih kurang sama,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, Anzalna turut mengakui pelbagai cabaran dihadapi sepanjang tahun ini namun cukup bermakna buat dirinya.

Di akhir perkongsian, pelakon drama Demi Cinta Soraya ini berdoa agar tahun 2026 akan membawa lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan buatnya dan keluarga.

“Tahun ini banyak turun naiknya tetapi sangat bermakna buat saya.

“Saya berharap agar tahun 2026 akan dipenuhi dengan kebaikan, kasih sayang, serta kebahagiaan buat saya dan keluarga. Selamat tahun baru semua,” katanya.

Walau bagaimanapun, Anzalna kemudiannya dilihat bertindak memadam hantaran tersebut.

Untuk rekod, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Hanif Zaki pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement