Skip to main content

Selebriti

Anzalna Nasir Nasihat, Guna Platform Media Sosial Dengan Baik - “Apa Gunanya Mempunyai Berjuta Pengikut Jika Hanya Digunakan Untuk…”

Anzalna Nasir Nasihat, Guna Platform Media Sosial Dengan Baik

Pelakon, Anzalna Nasir menyeru agar para selebriti dan individu berpengaruh di media sosial menggunakan platform mereka untuk tujuan yang lebih bermakna.

Menurut Anzalna, populariti dan pengaruh besar yang dimiliki tidak seharusnya disia-siakan hanya untuk tujuan komersial atau membina jenama peribadi. 

Advertisement

Sebaliknya, pengaruh itu juga wajar dimanfaatkan untuk memberi kesedaran tentang isu-isu yang benar-benar memerlukan perhatian masyarakat, seperti kebajikan, pendidikan, kemanusiaan dan keadilan sosial.

“Apa gunanya mempunyai berjuta pengikut jika ia hanya digunakan untuk kepentingan peribadi atau perniagaan semata-mata. 

“Gunakan pengaruh anda sebaik mungkin bukan hanya untuk perniagaan, tetapi juga untuk memberi suara kepada perkara yang benar-benar memerlukan perhatian,” tulisnya di aplikasi Threads.

Tambah Anzalna lagi, jangan risau soal rezeki kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T.

“Jangan takut rezeki akan terjejas percayalah, rezeki semuanya datang dari Allah,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Anzalna:

Must-Watch Video

Advertisement