Skip to main content

Selebriti

Anzalna Nasir Pilih ‘Offline’ Ketika Bercuti, Mahu Hargai Momen Bersama Keluarga - “Biasanya Muat Naik Gambar Beberapa Hari Selepas Pulang”

Anzalna bercuti

Sekilas

  • Anzalna Nasir berkongsi amalan menjauhkan diri daripada media sosial semasa bercuti untuk fokus pada keluarga.
  • Gambar dan video percutian biasanya dimuat naik beberapa hari selepas pulang bagi memberi ruang menikmati masa bersama tanpa gangguan.
  • Beliau menekankan pentingnya mencipta kenangan bersama orang tersayang dan menjadikan percutian waktu rehat sebenar daripada kerja dan telefon.
Advertisement

Pelakon Anzalna Nasir berkongsi satu amalan yang sentiasa dilakukan setiap kali bercuti bersama keluarga.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Anzalna berkata dia lebih selesa memilih untuk tidak aktif di media sosial sepanjang tempoh percutian kerana mahu memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga tanpa gangguan telefon bimbit atau urusan kerja.

Advertisement

Malah katanya lagi, gambar dan video percutian yang dikongsikan di media sosial jugakebiasaannya dimuat naik hanya beberapa hari selepas mereka pulang.

“Setiap kali saya bercuti, saya akan menjauhkan diri daripada media sosial dan hanya fokus kepada keluarga serta menikmati setiap detik sepanjang percutian.

“Saya biasanya memuat naik gambar dan video beberapa hari selepas kami pulang,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Anzalna juga berpesan untuk menikmati dan mencipta momen bersama yang tersayang sebanyak mungkin.

“Masa bersama orang yang kita sayang sangat berharga. Saya suka hadir dalam setiap momen supaya dapat menikmati percutian itu dan mencipta banyak kenangan bersama mereka.

“Percutian sepatutnya menjadi waktu untuk berehat daripada kerja dan telefon. Dengan cara itu, percutian akan terasa lebih bermakna,” coretnya.


 

 

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement