Pelakon, Anzalna Nasir tidak berdiam diri apabila ada individu yang menyatakan hasrat untuk menjadi madunya.
Individu tersebut meninggalkan komen berkenaan ketika Anzalna sedang membuat siaran langsung di TikTok.
Menurut Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37, individu berkenaan mahu menjadi isteri kedua dan berkongsi resipi dengannya.
“Dia kata dalam Islam lelaki boleh kahwin empat dan bila jadi madu, kita boleh kongsi resipi.
“Macam resipi kau sedap. Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payah.Yang awak nak sangat suami saya kenapa?
Advertisement
Pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang tidak sensitif dengan perasaan orang lain, terutama dalam hal melibatkan rumah tangga.
“Susahlah, kalau kita terlebih jaga suami, mulalah orang. Kalau tak jaga, nanti mengata kita tak pandai jaga suami.
“Nak je suruh suami pakai wangi-wangi tapi risau pula nanti perempuan lalu sebelah dia terpikat pula.Jadi serba salah, tapi tetap kena jaga suami kita,” tambahnya.
Sekadar info, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.