Skip to main content

Berita Tempatan

Anzalna Nasir Titip Pesan Buat Ibu Bapa - “Jangan Harap Orang Lain Bentuk Anak Kita”

anzalna-anak

Pelakon jelita Anzalna Nasir, menarik perhatian ramai selepas berkongsi satu pesanan di Instagram mengenai tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.

Dalam perkongsian tersebut, Anzalna meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan kes di sekolah yang melibatkan isu disiplin dan tingkah laku luar jangka, sekali gus menjadi peringatan untuk semua ibu bapa agar tidak leka dalam mendidik anak-anak di rumah.

Advertisement

“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa. Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki,” tulisnya.

Menurut Anzalna, tugas sebenar ibu bapa bukan sekadar menyediakan kemewahan atau pendidikan formal, tetapi juga meluangkan masa untuk membimbing dan membentuk peribadi anak-anak supaya menjadi insan berguna.

“Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik. Luangkan masa, ambil tahu tentang hidup mereka, dan jangan harapkan orang lain buat semua tu untuk kita,” katanya.

Anzalna turut menzahirkan doa agar semua anak-anak membesar dengan nilai moral yang tinggi serta menjadi manusia yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Semoga anak-anak kita membesar jadi anak yang soleh, solehah dan manusia yang berguna,” tambahnya lagi.

Perkongsian pelakon itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Anzalna.

Ramai turut memuji sikap prihatin dan kepekaannya terhadap isu sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar masa kini.

Anzalna sebelum ini sering dikenali sebagai selebriti yang lantang berkongsi pandangan mengenai nilai kekeluargaan dan pendidikan anak-anak.

Anzalna kini bahagia bersama suami, Hanif Zaki, serta dua cahaya mata mereka yang sering menjadi tumpuan peminat di media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement