Skip to main content

Selebriti

Araff Alpha Kongsi Momen Raya, Tugas Wajib Beli Ais & Buat Air - “Kadang Mengelat Juga…”

Araff tugasan raya

Sekilas

  • Araff dari kumpulan Alpha berkongsi rutin keluarga semasa Hari Raya Aidilfitri, termasuk membantu ibunya membeli ais batu dan membancuh minuman.
  • Makanan tradisi wajib di rumahnya semasa raya adalah lemang dan rendang daging.
  • Araff juga seloroh tentang cara dia kadang-kadang mengelak tugas rumah dengan alasan keluar beraya, walaupun tetap membantu di dapur dengan membuat air.
Advertisement

Anggota kumpulan Alpha, Araff berkongsi momen yang menjadi kebiasaan keluarganya setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Araff, tugas wajib yang dilakukan olehnya adalah membantu ibunya membeli ais batu dan membancuh minuman di dapur.

Advertisement

“Bila cakap mengenai raya, makanan tradisi atau yang wajib ada masa raya di rumah saya adalah lemang dan rendang daging.

“Kalau mengenai tugas saya setiap kali menjelang raya… Biasalah lelaki, bila sudah bersiap kena pula tolong angkat ais, kadang-kadang bancuh air untuk tetamu,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun seloroh Araff, ada kalanya dia cuba mengelak daripada melakukan kerja rumah dengan memberikan alasan untuk keluar beraya.

“Tapi ada masanya mengelat juga, kadang-kadang bila mak suruh kita bagi alasan nak keluar pergi beraya.

“Saya ada tolong mak di dapar tetapi bukan yang melibatkan masak masak lah, buat air sahaja. Mak saya bancuh air, saya acah acah rasa, begitulah,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Must Watch Video

Advertisement