Ringkasan AI
- Daniel Cheang berjaya bertemu dua bintang Wicked, Cynthia Erivo dan Ariana Grande, di tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura.
- Daniel membuat persiapan rapi dengan menghadiahkan gula-gula ubat batuk Cap Ibu dan Anak yang menjadi kegemaran mereka.
- Beliau juga bekerjasama dengan nail technician tempatan untuk menghasilkan set kuku khas bertemakan Malaysia untuk Cynthia dan Ariana.
- Daniel hampir terlepas peluang bertemu mereka akibat kelewatan penerbangan, namun berjaya hadir kerana acara ditangguhkan.
- Selain Daniel, penyanyi Aisha Retno dan penyampai radio Ili Ruzanna turut hadir ke tayangan perdana tersebut.
Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang mencuri perhatian netizen selepas apabila berjaya bertemu dua bintang Wicked, Cynthia Erivo dan Ariana Grande, tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura baru-baru ini.
Berkongsi kepada Gempak, Daniel atau nama lengkapnya Daniel Cheang Adenan Cheang,30, mendedahkan bahawa dia membuat persiapan rapi sebelum pertemuan tersebut.
“Sebenarnya saya buat banyak research untuk tahu apa yang mereka suka jadi saya hadiahkan mereka gula-gula ubat batuk Cap Ibu dan Anak sebab itu adalah kegemaran mereka katanya bagus untuk suara dan tekak penyanyi.
“Ubat Batuk cap ibu Anak is something yang kita semua membesar with jadi I want to carry nostalgia Malaysia untuk mereka enjoy and ingat,” kata Daniel ketika dihubungi Gempak.
Tidak berhenti di situ, Daniel turut bekerjasama dengan seorang nail technician tempatan untuk menyiapkan set kuku khas buat Cynthia dan Ariana, lengkap dengan elemen Malaysia.
“I also work with a nail tech untuk hadiakan a set of nails kepada Cynthia dan Ariana dan include element malaysia mcm durian and bunga raya.
“Mereka berdua sukakannya dan kata nak pakai kuku buatan talent malaysia. The nail tech is our very own local talent and I feel pentingnya untuk angkat talent-talent malaysia ke persada antarabangsa. She has done nails for Dolla too! Untuk MV terbaru mereka,” tambahnya.

Dalam masa sama, Daniel mengakui hampir terlepas peluang bertemu dua ikon muzik itu akibat isu kelewatan penerbangan.
“Sangat-sangat bersyukur sebab saya hampir terlepas untuk bertemu dengan mereka disebabkan pesawat kami delay. sepatutnya jam 12 tengah hari tapi ia dijadualkan semula pada jam 3 petang. Kami sampai Singapura pada 4.45 petang dan majlis itu seharusnya mula pada jam 5 petang.
“By right ikutkan 5pm cut off timing masuk venue. Means takkan dapat interview and jumpa Cynthia and Ariana grande. Alhamdulillah event delay so kiteorng dapat masuk. Jadi bertuah sbb rezeki dapat jadi antara 3 orang wakil malaysia jumpa Cynthia and Ariana,” ujarnya lagi.
Selain Daniel, turut hadir ke tayangan perdana tersebut adalah penyanyi, Aisha Retno dan penyampai radio, Ili Ruzanna.