Sekilas
- Arya Saloka mengakui babak rukiah dalam filem Munafik: Melawan Iblis sangat mencabar kerana memerlukan tenaga dan emosi yang tinggi.
- Watak Adam menghadapi konflik dalaman yang mendalam selain pertempuran dengan kuasa iblis, termasuk trauma dan keyakinan yang goyah.
- Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1 Oktober dan menampilkan pelakon seperti Acha Septriasa dan Dimas Aditya.
Pelakon Indonesia, Arya Saloka mengakui tidak mudah untuk menjayakan watak Adam bagi filem Munafik: Melawan Iblis, terutama ketika melakonkan babak rukiah.
Jelas Arya, babak rukiah menjadi antara cabaran terbesar sepanjang proses penggambaran kerana memerlukan tenaga dan emosi yang tinggi.
“Babak rukiah benar-benar menguras tenaga dan emosi. Pada awalnya saya agak kesukaran kerana perlu mengekalkan intensiti emosi pada masa sama memastikan proses itu kelihatan meyakinkan.
“Nasib baik saya mendapat banyak bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan pelakon serta seluruh pasukan di lokasi penggambaran, sehingga babak itu akhirnya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Lebih menarik, Arya menjelaskan bahawa konflik yang dilalui Adam bukan hanya berkisar mengenai pertempuran dengan kuasa iblis, sebaliknya turut melibatkan perjuangan dalaman watak berkenaan.
Menurutnya, luka batin, trauma serta keyakinan yang mula goyah menjadi antara cabaran besar yang perlu dihadapi Adam sepanjang cerita.
“Gabungan itulah yang membuatkan Munafik: Melawan Iblis terasa lebih berlapis kerana elemen seramnya bukan hanya datang daripada makhluk yang tidak dapat dilihat, tetapi juga daripada rasa takut dan kehilangan yang bersemayam dalam diri manusia,” jelasnya.
Selain Arya, filem Munafik : Melawan Iblis turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.
Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.
Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.
Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.