Skip to main content

Hiburan

Astro, MCMC Perkasa Literasi Digital Remaja Menerusi Siri ‘Maara’

Picture1

Sekilas

  • Astro bekerjasama dengan MCMC untuk tingkatkan kesedaran penggunaan internet selamat dalam kalangan remaja melalui siri techno-thriller Tamil terbaru, "Maara".
  • Kempen Internet Selamat fokus pada pendidikan keselamatan digital dan penggunaan media sosial serta AI secara beretika, disokong oleh kerjasama strategik dan program komuniti.
  • Siri "Maara" yang akan ditayangkan mulai 6 Julai mengangkat tema etika media sosial, privasi, dan tanggungjawab digital melalui kisah seorang pelajar universiti yang mengejar populariti sebagai pempengaruh media sosial.

Astro menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh kesedaran mengenai penggunaan internet secara selamat dalam kalangan remaja menerusi siri techno-thriller Tamil terbaharu, "Maara".

Kerjasama itu dilaksanakan menerusi Kempen Internet Selamat yang bertujuan memupuk amalan digital lebih bertanggungjawab, termasuk penggunaan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) secara beretika.

Naib Presiden Perniagaan Pelanggan India Astro, Prem Anand berkata, sebagai syarikat kandungan dan hiburan tempatan, Astro bukan sekadar menyediakan hiburan, malah memanfaatkan platformnya untuk menyampaikan mesej yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Menurutnya, kerjasama dengan MCMC mencerminkan komitmen Astro dalam memperkukuh agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menerusi teras Voice for Good dengan menjadikan kandungan sebagai medium pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat.

“Selain menyediakan hiburan, kami terus memperkukuh agenda ESG menerusi teras Voice for Good dengan menjadikan kandungan sebagai medium untuk membawa impak positif kepada masyarakat. 

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MCMC dalam satu inisiatif yang amat relevan untuk memupuk tanggungjawab digital dalam kalangan remaja, termasuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan internet yang selamat serta penggunaan media sosial dan kecerdasan buatan secara beretika,” katanya.

Tambahnya, Astro turut memperluaskan slot tayangan perdana drama Tamil tempatan kepada tempoh satu jam sejak Februari lalu sebagai usaha membuka lebih banyak ruang kepada penceritaan berkualiti serta pembangunan bakat kreatif tempatan.

Sementara itu, MCMC berkata pihaknya akan terus memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian menerusi Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara.

Kempen itu memberi tumpuan kepada pendidikan keselamatan internet untuk semua lapisan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan institusi keluarga, selain disokong melalui kerjasama strategik bersama pemain industri serta pelaksanaan program berasaskan komuniti.

“MCMC kekal komited memperkukuh kesedaran awam mengenai keselamatan dalam talian dan penggunaan digital secara bertanggungjawab menerusi Kempen Internet Selamat. 

"Inisiatif ini dilaksanakan secara berterusan bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai keselamatan internet, khususnya kanak-kanak dan institusi keluarga, selain disokong melalui kerjasama strategik bersama pemain industri serta pelaksanaan program berasaskan komuniti bagi mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat untuk semua,” jelas kenyataan itu.

Siri "Maara" mengisahkan Maragathavalli atau Maara, seorang pelajar universiti berusia 19 tahun yang mengejar populariti dan kestabilan kewangan sebagai pempengaruh media sosial di bawah bimbingan mentornya, Alice.

Namun, tindakannya mengejar pengaruh media sosial mendorong Maara mengeksploitasi adiknya yang kurang upaya demi menghasilkan kandungan tular, sebelum membocorkan video peribadi pesaingnya, Brindha, sehingga mencetuskan satu tragedi.

Apabila pihak polis mula menghampiri, Maara cuba memadam jejak digitalnya dan melarikan diri, namun terpaksa berdepan dilema sama ada mengakui kesalahannya atau terus hidup dalam pelarian.

Melalui jalan cerita itu, Maara mengetengahkan mesej mengenai kepentingan etika penggunaan media sosial, privasi, empati dan tanggungjawab digital, khususnya dalam kalangan remaja.

Siri arahan dan terbitan Jeyapragash Jeyamurthi itu dibintangi Dishaaleny Jack, Punitah Shanmugam, Thivyah Kia, Sattiya Kandi dan K. Prakash.

Maara akan mula ditayangkan pada 6 Julai, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam menerusi Astro Vinmeen (Saluran 202), Astro GO, On Demand dan Sooka.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement