Sekilas
- Astro berjaya merangkul empat anugerah di ContentAsia Award ke-7 di Bangkok, termasuk satu Emas untuk filem Abah Saya Uncle Mike.
- Anugerah Perak dimenangi oleh Kisah Bawah Tanah dan Bad Cop, manakala Talk To My Manager membawa pulang Gangsa.
- ContentAsia Awards menerima lebih 500 penyertaan dari 11 negara, dengan lebih 180 program dicalonkan dalam 35 kategori.
Karya terbitan Astro berjaya merangkul empat anugerah pada Contentasia Award ke-7 di Bangkok pada Jumaat.
Pencapaian itu menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi di seluruh Asia.
Astro membawa pulang satu anugerah Emas menerusi filem Abah Saya Uncle Mike (Astro Shaw) bagi kategori Best Feature Film or Telemovie Made in Asia.
Selain itu, Astro turut merangkul dua anugerah Perak dan satu Gangsa.
Anugerah Perak dimenangi menerusi Kisah Bawah Tanah (Astro Malaysia) untuk kategori Best Animated Programme Made in Asia dan Bad Cop (Malaysia) (Astro Shaw) bagi kategori Best Sound Design Created in Asia for an Asian TV Programme/Series.
Manakala Gangsa pula dimenangi menerusi program Talk To My Manager (Astro Malaysia) untuk kategori Best Original Game Show Made in Asia.
Senarai kemenangan:
Best Feature Film or Telemovie Made in Asia Gold: Abah Saya Uncle Mike – Astro Shaw Sdn Bhd
Best Animated Programme Made in Asia
Silver: Kisah Bawah Tanah – ASTRO Malaysia
Best Sound Design Created in Asia for an Asian TV Programme/Series
Silver: Bad Cop (Malaysia) – Astro Shaw Sdn Bhd
Best Original Game Show Made in AsiaBronze: Talk To My Manager – ASTRO Malaysia
Untuk info, pemenang anugerah hadir dari 11 negara atau wilayah, merangkumi barisan peneraju industri penyiaran dan produksi televisyen, perkhidmatan penstriman serta platform dalam talian.
ContentAsia Awards 2026 dikendalikan oleh pelakon dan model berdarah Thai-Amerika, Cindy Bishop, bersama Utt selaku hos karpet merah, turut dihadiri tetamu daripada industri hiburan seluruh Asia.
Majlis berkenaan juga disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Lebih 180 program telah dicalonkan dalam 35 kategori pada penganjuran kali ketujuh ContentAsia Awards, sekali gus mengetengahkan kandungan video berkualiti tinggi serta pencapaian bakat daripada pelbagai platform di rantau Asia.
Lebih 500 penyertaan dari seluruh Asia diterima bagi penganjuran ContentAsia Awards pada tahun ini.
Senarai calon pula dipilih oleh lebih 100 anggota juri yang terdiri daripada tokoh terpilih daripada pelbagai sektor industri di Asia dan seluruh dunia.