Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Atas Pelamin Pun Fikir Keselesaan Tetamu, Sifat Keprihatinan Syed Saddiq Di ‘Kenduri Rakyat’ Raih Pujian - “Tak Adil Orang Boleh Duduk Sini, Kat Bawah….”

Atas Pelamin Pun Fikir Keselesaan Tetamu, Sifat Keprihatinan Syed Saddiq Di ‘Kenduri Rakyat’ Raih Pujian - “Tak Adil Orang Boleh Duduk Sini, Kat Bawah….”

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, menunjukkan keprihatinan terhadap keselesaan tetamu semasa majlis resepsi ‘Kenduri Rakyat’ bersama Bella Astillah di Muar, Johor.
  • Syed Saddiq mengingatkan petugas agar memastikan semua tetamu mendapat tempat duduk yang selesa dan tidak tertumpu hanya pada perjalanan acara rasmi.
  • Majlis resepsi yang dihadiri lebih 10,000 tetamu itu merupakan sambutan selepas pasangan BASS sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu.
Advertisement

Keprihatinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap keselesaan tetamu ketika majlis resepsi ‘Kenduri Rakyat’ bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah di Muar, Johor meraih pujian ramai.

Menerusi potongan video siaran langsung di akaun media sosialnya, Syed Saddiq yang sedang berada di atas pelamin dilihat bertanyakan keadaan tetamu kepada petugas bertanggungjawab.

“Orang dah masuk ke dewan kat bawah? Kalau boleh tolong bagitahu sebab dewan atas pun banyak kosong.

“Tak adil orang boleh duduk sini, kat bawah berpanasan. Bagi mereka masuk,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam rakaman sama, Syed Saddiq turut mengingatkan petugas agar tidak terlalu tertumpu kepada perjalanan acara rasmi sehingga keselesaan tetamu terlepas pandang.

Tindakan spontan itu mengundang pujian pengguna media sosial yang menghargai sikapnya mengambil berat terhadap orang ramai meskipun sedang meraikan hari bahagia sendiri.

“Tengah sanding pun YB cakna dengan sekeliling. Kalau kita mungkin dah tak cakna sebab penat jadi pengantin. Hormat,” komen seorang pengguna.

Majlis resepsi bertemakan kenduri rakyat itu menerima kehadiran lebih 10,000 tetamu, termasuk penduduk setempat serta pengunjung dari Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin RM500.

Selepas mengadakan resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta kenduri rakyat di Muar, pasangan yang dikenali sebagai BASS itu dijadualkan meraikan majlis seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement