Sekilas
- Indonesia, terutama Aceh dan Sumatera Barat, sedang menghadapi bencana banjir yang serius tahun ini.
- YouTuber terkenal Atta Halilintar bersama pasukannya telah bergerak ke Sumatera Barat untuk memberikan bantuan asas seperti beras dan makanan segera.
- Atta berharap tindakan mereka dapat menggerakkan lebih ramai orang untuk turut membantu mangsa banjir di sana.
Negara jiran, Indonesia terutama di beberapa daerah sedang berdepan bencana banjir.
Selain Aceh yang dilaporkan ‘parah’, penduduk di Sumatera Barat juga berdepan bencana alam yang cukup dahsyat untuk tahun ini.
Tidak berdiam diri melihat penderitaan yang ditanggung mereka, YouTuber terkenal, Atta Halilintar segera menghulurkan bantuan. Bersama pasukannya, suami Aurel Hermasyah pergi ke Sumatera Barat, lapor Kompas.
Tindakan baik itu dikongsikan Atta dalam laman sosialnya menerusi foto-foto pasca banjir di tempat kejadian.
“Jam 3 pagi kami tergerak untuk terbang dari rumah setelah mendengar khabar ramai yang kelaparan, harga bahan pokok melambung.
“Inilah pentingnya share dan repost di media sosial, agar kita semua tahu keadaan sebenarnya di lapangan, agar semakin banyak yang bergerak dan tergerak.
“Di sini kami melihat langsung. Air mata, lelah dan harapan yang masih bertahan,” tulis Atta.
Pada perkongsian yang sama, Atta memaklumkan pasukannya telah pergi ke beberapa lokasi untuk memberi keperluan asas termasuk beras dan makanan segera.
“Bukan kerana kami mempunyai ‘lebih’ tetapi kerana tak sanggup membiarkan saudara kami berjuang sendirian,” tulis Atta lagi.
Pempengaruh dan artis itu juga berharap langkah kecil yang dilakukan dapat menggerakkan lebih banyak orang untuk turut membantu.