Skip to main content

Hiburan

Auddra Nafi Memilih Berkawan, Kongsi Sebab Kenapa Lebih Kerap Luangkan Masa Dengan Ammar Dan Hadie - “Ammar Duduk Dekat Dengan Saya…”

Astro Gempak 221

Sekilas

  • Auddra menafikan dakwaan bahawa dia hanya berkawan dengan rakan lelaki sepanjang menyertai program Talk To My Manager (TTMM) dan menjelaskan dia juga rapat dengan peserta perempuan.
  • Dia menjelaskan hubungan rapat dengan Ammar dan Hadie lebih ketara kerana mereka sering berkumpul dan merakam momen bersama, manakala masa bersama peserta perempuan kurang dikongsi di media sosial.
  • Auddra bersama Ammar dan Hadie baru sahaja melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya yang dihasilkan oleh beberapa komposer dan penulis lirik terkenal.

Penyanyi muda, Auddra menafikan dakwaan kononnya dia memilih kawan apabila segelintir pihak mendakwa dirinya hanya gemar bersahabat dengan rakan lelaki sepanjang menyertai program Talk To My Manager (TTMM).

Menurut Auddra atau mesra disapa Odah, tanggapan tersebut timbul kerana orang ramai lebih kerap melihat dia meluangkan masa bersama Ammar dan Hadie, sedangkan dia sebenarnya berkawan dengan semua peserta.

“Sebenarnya saya juga rapat dengan Thalita, cuma orang tak nampak. Orang nampak saya rapat dengan Ammar dan Hadie sebab Ammar duduk berdekatan dengan saya. Marsya dan Ara pula sibuk dengan pelajaran, jadi agak sukar untuk berkomunikasi dengan mereka dan saya tak mahu mengganggu.

“Sebab itu saya lebih kerap bersama Ammar. Kami selalu lepak dan berkongsi cerita seperti adik-beradik. Dengan Hadie pula, walaupun dia tinggal agak jauh, setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur, dia akan bermalam di rumah Ammar. Jadi bila kami berkumpul, nampaklah kami sangat rapat,” katanya.

Tambah Auddra, terdapat dakwaan yang mengatakan dia tidak mahu meluangkan masa bersama peserta perempuan, namun perkara itu tidak benar.

“Menerusi program itu, ada yang kata saya tak mahu lepak dengan peserta perempuan. Sebenarnya kami ada sahaja meluangkan masa bersama, cuma kami tak banyak memuat naik di media sosial.

“Kalau perempuan lepak, selalunya kami bergosip. Takkanlah mahu rakam ketika bergosip. Berbeza dengan Ammar dan Hadie, mereka memang suka merakam momen persahabatan kami.

“Lagipun, sekarang orang memang suka tengok kandungan mengenai persahabatan,” ujarnya.

Auddra berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya di UTM Hotel & Residence, Kampung Datuk Keramat pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Auddra bersama Hadie dan Ammar baru sahaja melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik, sekali gus mengukuhkan lagi nama trio berkenaan dalam industri muzik tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement