Skip to main content

Hiburan

Auddra Seronok Dapat Nyanyi Bahagian Rap Dalam Dentam Dentum Raya - “Ia Lebih Sesuai Dengan Personaliti Saya”

Astro Gempak 193

Sekilas

  • Penyanyi muda Auddra, 17 tahun, teruja dapat tunjuk bakat rap dalam single terbaru Dentam Dentum Raya bersama Hadie Elfardie dan Ammar Haikal.
  • Projek ini dibuat sebelum Auddra menandatangani kontrak dengan Siti Nurhaliza Legacy dan dianggap peluang pendedahan awal yang penting.
  • Auddra bercita-cita fokus dalam genre rap pada masa depan, tetapi terbuka untuk cuba genre lain mengikut kehendak industri muzik.

Penyanyi meningkat naik, Auddra atau lebih mesra disapa Oddah, meluahkan rasa teruja apabila diberikan peluang untuk mempamerkan bakat nyanyian rap buat pertama kali menerusi single terbaharu, Dentam Dentum Raya.

Menurut Auddra, 17, gandingan bersama rakan seperjuangan, Hadie Elfardie dan Ammar Haikal dalam projek sulung terbitan Jaja Ishak itu dianggap sebagai satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan.

“Sebenarnya Auddra lebih suka lagu yang rancak dan ada elemen rap berbanding lagu vokal balada.

“Apabila diberitahu ada bahagian rap untuk saya, rasa sangat gembira dan teruja kerana ia dirasakan lebih sesuai dengan personaliti saya,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bercerita mengenai penglibatannya, Auddra menjelaskan keputusan untuk menyertai projek tersebut dibuat bersama ibunya sebelum dia secara rasmi bernaung di bawah syarikat rakaman Siti Nurhaliza Legacy (SNL).

“Auddra dan mama memang sudah bersetuju untuk menjayakan projek ini bersama Uncle Jaja Ishak.

“Waktu itu saya belum lagi menandatangani sebarang kontrak dengan SNP, jadi mama bersetuju untuk saya ambil peluang ini sebagai pendedahan awal,” jelasnya.

Mengulas mengenai hala tuju kerjaya seninya pada masa hadapan, pemenang tempat ketiga program Talk To My Manager(TTMM) ini menyatakan hasratnya untuk lebih serius dalam bidang rap.

Bagaimanapun, Auddra menegaskan dia tidak mempunyai masalah untuk mencuba pelbagai genre muzik lain mengikut tuntutan industri.

“Untuk projek akan datang, saya harap dapat fokus lebih pada rap sebab saya memang minat bidang itu.

“Tapi kalau perlu bawa lagu gaya seperti kumpulan Dolla pun saya tiada masalah, cuma rap tetap akan menjadi pilihan utama saya,” ujarnya lagi.

Lagu Dentam Dentum Raya hasil ciptaan bersama Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin kini boleh didengari di semua pelantar digital manakala video muziknya pula mendapat respons positif peminat yang memuji kelainan vokal trio berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement