Sekilas
- Datuk A. Aida menegaskan dia tidak akan melayan lelaki yang sudah berkahwin yang cuba mendekatinya atau mengajaknya keluar.
- Beliau mengingatkan individu yang sudah berpasangan supaya menghargai pasangan masing-masing dan kekal setia.
- A. Aida menasihatkan supaya jika sudah tiada perasaan atau ada orang lain, perkara itu perlu dibincangkan secara jujur tanpa berahsia.
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida memberi amaran kepada individu berstatus suami yang didakwa cuba mendekatinya dan mengajaknya keluar.
Menerusi perkongsian di media sosial, A. Aida secara terbuka menegaskan pendiriannya untuk tidak melayan mana-mana lelaki yang sudah mempunyai pasangan.
“Maaf, saya tak layan suami orang. Tak payahlah nak telefon dan ajak keluar. Hargailah isteri anda. Bye-bye,” tulisnya.
Pada masa sama, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menitipkan pesanan kepada mana-mana individu yang sudah mempunyai pasangan supaya kekal setia dan tidak mencari peluang untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu sudah tidak mempunyai perasaan terhadap pasangan atau mempunyai individu lain dalam hidup, perkara tersebut seharusnya dibincangkan secara berterus terang.
“Dan juga kepada sesiapa yang dah berpunya, jangan nak gatal-gatal. Setialah dengan pasangan anda.
“Kalau dah ada orang lain, berterus terang saja. Jangan nak pasang sana sini.
“Sekian, terima kasih. Tazkirah pada hari ini,” katanya.