Skip to main content

Selebriti

Awie Tak Terfikir Gelaran ‘Raja Rock Negara’ - “Pemula ‘Rock Scene’ Dalam Malaysia Adalah Amy Search, Dia Yang Kita Patut Angkat Sebagai ‘Godfather’ Dalam Industri”

Awie Amy Search

Sekilas

  • Datuk Awie menolak gelaran Raja Rock Negara dan menganggap Datuk Amy Search lebih layak mendapat gelaran itu sebagai 'Godfather' muzik rock Malaysia.
  • Awie menegaskan dia tidak mengejar gelaran dan lebih fokus pada memberikan persembahan yang memuaskan berdasarkan pengalaman dan kebolehannya.
  • Awie akan mengadakan konsert solo mega 'Awie Rock King: The Last Man Standing' di Stadium Merdeka pada 12 September dengan 35 lagu dan penyanyi jemputan, tiket bermula RM98.

Menolak gelaran Raja Rock Negara, penyanyi terkenal, Datuk Awie menganggap ikon industri muzik Datuk Amy Search lebih layak menerima gelaran itu.

Mengagumi kredibiliti rakan seperjuangan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, berkata, vokalis kumpulan Search yang berpengalaman lebih empat dekad dalam dunia seni itu wajar diberikan pengiktirafan tertinggi.

“Soal gelaran jangan fikirlah. Siapa nak ambil nombor satu, nombor dua, yang teragung sekali pun ambillah.

“Tapi saya tetap respek yang betul-betul memegang title (gelaran) nombor satu Malaysia adalah Amy Search.

“Dialah pemula rock scene dalam Malaysia ini. Dia yang kita patut angkat sebagai ‘Godfather’ dalam industri muzik rock negara,” katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Awie Rock King: The Last Man Standing di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Isnin.

Jelas Awie lagi, dia tidak pernah terdetik untuk mengejar sebarang gelaran, sebaliknya memenuhi tanggungjawab dengan ikhlas.

“Soal gelaran semua saya tak kisah. Nak bagi saya penyanyi apa-apa benda pun saya tak kisah. Saya tak ada fikir pun.

“Itu sebenarnya bukan tujuan saya untuk (raih) gelaran ini (Raja Rock Negara). Saya tak hairan dengan title itu.

“Apa yang saya nak adalah memberikan satu kepuasan bagi pengalaman dan kebolehan yang saya ada. Saya nak kongsikan kepuasan itu pada setiap persembahan nyanyian,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Awie bakal muncul dengan konsert solo mega Awie Rock King: The Last Man Standingyang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September depan.

Anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media, persembahan solo epik yang menyusuri perjalanan kerjaya seninya bakal menampilkan 35 lagu termasuk bersama penyanyi jemputan.

Sebarang pembelian tiket atau maklumat tambahan mengenai kedudukan tiket serendah RM98 boleh diperolehi melalui platform iLasso Tickets.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Must-Watch Video

Advertisement