Skip to main content

Hiburan

“Ayah Yang Mana…?” - Timur Gabriel Bengang Kebolehan Bertutur Bahasa Melayu Dikaitkan Dengan Zainal Abidin

Timur Gabriel

Anak kepada penyanyi Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mempersoalkan kebolehannya bertutur dalam bahasa melayu. 

Menurut Timur, apa yang lebih mengecewakan adalah apabila ada yang cuba mengaitkan identiti bapanya dengan kelancaran pertuturannya.

Timur menjelaskan pertanyaan tersebut tidak wajar kerana dia dibesarkan oleh ibunya selepas kedua ibu bapanya berpisah.

“Saya boleh terima bila saya pergi ke luar negara dan orang tanya kenapa english saya sangat bagus, saya faham kenapa tapi bila balik Malaysia tempat kelahiran saya mereka tanya kenapa bahasa Melayu bunyi sangat janggal? Bukan ayah kau Melayu ke? 

“Ayah? Ayah yang mana… parents saya cerai, saya tinggal dengan mak saya dan dia Cina,” kata Timur. 

Dalam pada itu, Timur turut mendedahkan ada pihak yang mempersoalkan kemampuannya bertutur Bahasa Cina.

Namun jelas Timur, dia dan ibunya sendiri tidak bertutur bahasa itu dirumah. 

“Macam mana nak belajar bahasa Melayu, Exposure pun dekat sekolah sahaja. Lepas tu orang tanya kenapa tak boleh cakap Cina? Mak saya post-colonialism Cina. Bahasa cina dia teruk jadi macam mana dia nak ajar saya cakap Cina,” ujarnya lagi. 

Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.
 

Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki.

Must-Watch Video

Advertisement