Skip to main content

Viral

Ayunie Umum Hamil Lagi Selepas 8 Bulan Bersalin Czer - "Selagi Ada Suami Baik, Saya Happy Nak Bagi Banyak Anak!"

ayunie

Sekilas

  • Anees Ayunie mengumumkan dirinya hamil semula selepas lapan bulan melahirkan anak secara pembedahan.
  • Dia berkongsi kegembiraan di Threads dengan foto kit ujian kehamilan yang positif dan menerima ucapan tahniah daripada warganet.
  • Anees kini bersama Akim Anwar dan belum berkongsi usia kandungan atau jangkaan tarikh lahir bayi.

Pempengaruh dan usahawan, Anees Ayunie, mengumumkan dirinya kini hamil semula selepas baru lapan bulan melahirkan anak secara pembedahan (Czer).

Menerusi perkongsian di Threads, Ayunie memuat naik foto kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif, sambil berkongsi rasa teruja dengan rezeki zuriat yang datang lebih awal daripada dijangka.

“I baru bersalin Czer 8 bulan lepas, know2 pregnant lagi. Hihihi tapi I’m happy for this! Selagi I ada suami dan ayah yang baik, I’m happy to give him a lot of child!!!!” tulisnya.

Perkongsian itu menerima komen dan reaksi daripada warganet yang rata-rata memberi ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan Ayunie serta kandungannya.

Ayunie sebelum ini sering berkongsi perjalanan hidup berkeluarga bersama suami dan anak-anaknya, selain aktif mengendalikan perniagaan serta kandungan harian di media sosial.

Setakat ini, Ayunie belum berkongsi usia kandungan atau jangkaan tarikh lahir bayi.

Untuk rekod, Ayuni mendirikan rumah tangga kali pertama bersama Ahmad Weldan Zulkefli pada 29 Februari 2021 dan mereka sah bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.

Ayuni juga merupakan bekas adik ipar kepada usahawan Iqbal Zulkefli.

Ayuni kini bersama Akim Anwar.

Must-Watch Video

Advertisement