Ringkasan AI
- Prince Syed anggap kemelut dengan mentua dan adik ipar hanya salah faham dalam keluarga.
- Beliau minta orang ramai doakan yang baik untuk dirinya, isteri dan keluarga kedua belah pihak.
- Prosiding mahkamah berjalan lancar dan Prince Syed harap semua pihak hormati proses tersebut.
- Mentua dan dua ipar mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin di Mahkamah Majistret Klang.
- Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Januari depan.
Usahawan dan pempengaruh, Prince Syed menganggap kemelutnya bersama mentua dan dua adik ipar pada 2 November lalu hanyalah sekadar salah faham yang berlaku dalam kekeluargaan.
Menurut Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, apa yang berlaku juga tidak menggambarkan situasi sebenar ditambah pula dengan pelbagai spekulasi tidak tepat dikeluarkan sesetengah pihak.
“Kehadiran saya dan isteri hari ini adalah untuk melihat prosiding yang dijalankan pihak mahkamah.”
“Sebenarnya apa yang berlaku ketika ini hanyalah salah faham tetapi netizen mungkin tak faham situasi yang berlaku,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, Prince Syed meluahkan rasa syukur kerana prosiding hari ini berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, pada saya semuanya berjalan dengan lancar dan saya minta doakan yang baik-baik buat saya, isteri dan keluarga kedua belah pihak,” ujarnya.
Prince Syed berkongsi perkara tersebut usai prosiding pertuduhan melibatkan mentua dan iparnya di Mahkamah Tinggi Klang, pada Jumaat.
Berkongsi lanjut, pempengaruh berusia 33 tahun ini berpendapat bahawa perselisihan faham tidak sepatutnya berlaku dalam keluarga.
Malah, setiap keluarga itu perlu sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan dan menjernihkan keadaan.
Justeru, Prince Syed meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya, isteri dan keluarga kedua belah pihak.
“Cuma satu saja, kalau kita boleh menjernihkan lagi keadaan maka kita jernihkanlah sebab dalam dunia ini kita hidup tak lama pun.”
“Kalau kita buat kejahatan, azab dekat dunia pun dah pedih. Macam mana pula di alam sana? Kalau boleh perbetulkan, kita perbetulkanlah segalanya.”
“Jadi, doakan yang terbaik saja kami serta semua yang terlibat. Mungkin ini juga boleh menjadi satu titik tolak untuk kira bermuhasabah diri dan perbetulkan lagi diri kita,” kongsinya.
Sementara itu, peguam pemerhati kepada Prince Syed dan isteri, Fatin Syazwani Ishak iaitu Navin Punj berpesan kepada mana-mana pihak untuk menghormati proses mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat.
“Ini sekadar teguran saya kepada semua orang. Sekiranya boleh, kira hormatilah proses mahkamah dan jangan membuat spekulasi yang tidak berasas.”
Terdahulu, mentua dan dua ipar kepada Prince Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang.
Mereka membuat pengakuan itu dihadapan Majistret, Siti Zubaidah Mamat.
Bagi kes melibatkan Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif, 59, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, mereka kemudiannya diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1,500 seorang manakala Muhd Syahmi Faiz diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM2,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula kes.