Skip to main content

Hiburan

Azar Azmi Pernah Jual Nasi Lemak Belakang Stesen Masjid Jamek - “Orang Tak Kenal Sebab Saya Pakai Mask”

Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi pernah berniaga nasi lemak di belakang stesen LRT Masjid Jamek dengan harga RM1 untuk teruskan hidup, namun pelanggan tidak mengenalinya kerana dia memakai pelitup muka.
  • Azar juga pernah berniaga durian dan cempedak goreng serta menegaskan kehidupannya tidak semewah yang digambarkan dalam berita viral sebelum ini.
  • Azar kini dibebaskan dan akan menjadi saksi dalam kes suaminya yang didakwa menipu sejumlah wang besar, dengan jaminan mahkamah telah ditetapkan.

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan dirinya pernah berniaga menjual nasi lemak di belakang stesen LRT Masjid Jamek bagi meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi ini memaklumkan bahawa para pelanggan tidak mengenali dirinya kerana memilih untuk memakai pelitup muka.

“Saya pernah jual nasi lemak yang dibungkus kecil dengan harga RM1. Saya masak sendiri.

“Saya berniaga di belakang stesen Masjid Jamek tapi tak ada yang akan tahu itu saya sebab saya pakai mask,” luahnya.

Ujar Azar, dia memilih untuk memakai pelitup muka kerana segan dengan orang awam yang datang membeli di gerainya.

Sebelum ini, Azar pernah membuat pendedahan bahawa dia juga pernah membuat beberapa perniagaan kecil-kecilan seperti menjual durian dan cempedak goreng bagi meneruskan hidup.

“Saya tidak semewah apa yang tulis dalam tajuk berita tetapi orang tak percaya.

“Saya pernah meniaga durian, cempedak goreng. Kalau nak katakan memang benar cerita viral itu kemudian pihak berkuasa ambil saya, kalau betul saya guna duit itu, saya puas hati.

“Masalahnya kehidupan yang saya hadap dengan jumlah duit yang dalam tajuk berita itu tidak selari. Nak makan pun seadanya saja,” kongsinya dalam satu program wawancara.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memberitahu pelakon yang popular menerusi drama Isteri Misteri ini dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kedua-dua kes.

Dalam prosiding yang berlangsung, suaminya Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran wang sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 sebelum Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan sebutan semula pada 15 April.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

ABAYA SAKEENA (AL-HUR COLLECTION) BY NUNHA

ABAYA SAKEENA (AL-HUR COLLECTION) BY NUNHA

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

(NEW) (lovito Refine) Boho Top Lace Zipper Spring/summer Top for Women LR32L024 (Lovito Refine) Boho Top Corak Renda Zip Baju Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR32L024

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

Leisure home men's and women's slippers anti slip lovers' outdoor beach slippers

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Advertisement