Skip to main content

Hiburan

Azar Azmi Tak Sangka Masih Ada Peluang Dalam Industri - “Saya Ingat Orang Dah Tak Suka…”

Azar Azmi

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi tidak menyangka masih ada peluang dalam industri selepas kontroversi lalu dan menganggap rezeki yang diperoleh kini adalah kerana anak-anaknya.
  • Azar mengakui rasa kekok untuk kembali berlakon selepas lama meninggalkan dunia seni, namun bersyukur dengan sokongan pengurus dan kru produksi.
  • Dia berkongsi momen sebak ketika kembali ke set penggambaran dan merasa terharu kerana masih diberi kepercayaan dalam industri lakonan.
Advertisement

Pelakon Azar Azmi mengakui dia sendiri tidak menyangkakan masih mempunyai peluang dan ruang dalam industri selepas berdepan kontroversi sebelum ini. 

 

Advertisement

Azar atau nama sebenarnya Azar Ameerah Azmi turut menganggap rezeki yang hadir dalam hidupnya kini disebabkan anak-anaknya. 

 

“Untuk sekarang ini, saya sebenarnya tak sangka. Sebab saya rasa apa yang jadi, saya ingat, sesuatu benda yang buruk tu, okay orang dah tak sukakan kita. 

Advertisement

 

“Tapi saya tak sangka, Alhamdulillah rezeki, one by one mungkin apa yang saya dapat hari ni sebenarnya adalah rezeki anak-anak. Saya menumpang rezeki diorang saja,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Azar berkata dia berasa kekok untuk mula berlakon selepas bertahun meninggalkan dunia lakonan namun bersyukur mempunyai orang keliling yang memberi sokongan terutama pengurusnya. 

 

“Ya, pada mulanya ada rasa kekok nak mula balik berlakon sebab lama sangat kan. Tapi Alhamdulillah, team membantu, pengarah membantu, pembantu pengarah membantu dan semua kru-kru, Alhamdulillah.

 

“Pengurus saya sendiri pun banyak bagi nasihat apa yang perlu… dia kata kena tenang masa sampai. Yang penting, apa yang dia pesan adalah persiapan. Itu yang buat perjalanan kita berjalan lancar,” katanya. 

 

Pelakon berusia 37 tahun ini turut berkongsi mengenai momen pertama kali dia kembali ke set penggambaran drama yang pada ketika itu dirinya dilihat sebak. 

 

“Apa yang saya rasa macam ‘aku ni relevan lagi ke?’. Saya fikir waktu tu, tak sangka saya masih ada ruang dan peluang dalam industri. 

 

“Sebab lima ke tujuh tahun tu mustahil la saya tak rindu untuk bekerja semula, untuk berkarya semula. Bila ada peluang tu, saya rasa macam terharu. 

 

“Terharu sebab diberi peluang, diberi kepercayaan untuk saya memegang tanggungjawab tu,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

Must Watch Video

Advertisement