Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Azeva Mohon Maaf - "Saya Akan Cuba..."

Azeva Mohon Maaf - "Saya Akan Cuba..."

Sekilas

  • Azeva mengucapkan terima kasih atas sokongan penonton semasa menjadi hos program Borneo Rising bersama Zizan Razak.
  • Dia memohon maaf jika terdapat kekurangan dan menjelaskan masa yang terhad menghalang mereka melakukan lebih banyak aktiviti di pentas.
  • Azeva terbuka menerima nasihat dan berjanji akan memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang sambil menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Advertisement

Pengacara dan penyanyi, Azeva meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya sewaktu muncul sebagai hos di program Borneo Rising.

Menerusi perkongsian di Threads, Azeva memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang mengendalikan program tersebut bersama rakan pengacara, Zizan Razak.

Advertisement

“Alhamdulillah untuk malam ini. Terima kasih semua yang datang dan kasi sokongan dekat Azeva malam ini. Maaf kalau ada kekurangan.

“Sebenarnya ada banyak benda yang kami nak buat atas pentas, tetapi masa agak terhad,” katanya.

Dalam masa sama, Azeva mengakui dirinya terbuka untuk menerima segala nasihat dan teguran daripada penonton bagi memperbaiki mutu persembahan pada masa akan datang.

Azeva juga menzahirkan penghargaan kepada semua yang masih memberikan kepercayaan serta menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya menerusi Borneo Rising.

“Azeva akan baca nasihat dan teguran korang dan saya sangat menghargainya. Insya-Allah, Azeva akan cuba lagi, perbaiki lagi dan berikan yang lebih baik untuk korang.

“Terima kasih kerana masih percaya kepada saya dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” ujarnya.

Sekadar info, Azeva kini menggalas tanggungjawab sebagai hos Borneo Rising menggantikan Sherry Al-Hadad yang sedang sibuk menjayakan pementasan Mansur & Liu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement