Skip to main content

Selebriti

Azhan Rani Kongsi Momen Menarik Bila Rindu Datuk Jalaluddin Hassan - “Aku Sampai Cari Guni Beras Semata-Mata Nak…”

Azhan Rani Kongsi Momen Menarik Bila Rindu Datuk Jalaluddin Hassan - “Aku Sampai Cari Guni Beras Semata-Mata Nak…”

Sekilas

  • Azhan Rani meluahkan rindu terhadap Datuk Jalaluddin Hassan dan berkongsi pengalaman mencari produk beras yang memaparkan wajah pelakon senior itu.
  • Azhan memuji sikap rendah diri dan pengalaman luas Datuk Jalaluddin walaupun beliau seorang figura yang sangat dikagumi dalam dunia lakonan.
  • Kerinduan Azhan terubat apabila berpeluang bertemu semula dengan Datuk Jalaluddin di belakang pentas program Kilauan Emas Selebriti dan mendoakan yang terbaik untuk beliau.
Advertisement

Pelakon, Azhan Rani meluahkan rasa rindu terhadap pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan selepas sekian lama tidak berpeluang untuk bekerja bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan mengakui pernah melakukan pelbagai cara untuk melepaskan rasa rindunya terhadap figura yang digelar sebagai ‘ayah Aji’ itu.

Advertisement

Malah lata Azhan, suatu ketika dahulu dia pernah mencari guni beras di pasar raya semata-mata ingin melihat wajah Jalaluddin yang terpampang pada produk berkenaan.

“Rindunya, lama betul tak jumpa ayah Aji ni. Dulu bila rindu-rindu dia aku sampai cari guni beras dekat supermarket tu semata-mata nak tengok gambar dia dekat situ.

“Sekarang dah tak ada lagi muka dia dekat situ. Kadang-kadang aku pergi tengok kerusi urut Gintel dekat showroom sana untuk lepaskan rindu. Nak beli segan sebab keras juga harga dia,” kongsinya.

Advertisement

Bagaimanapun, kerinduan tersebut terubat apabila Azhan berkesempatan bertemu semula dengan Datuk Jalaluddin di belakang pentas sprogram Kilauan Emas Selebriti pada Sabtu.

Azhan menyifatkan Datuk Jalaluddin sebagai figura yang cukup dikagumi dan disegani selain memuji sikapnya yang rendah diri meskipun mempunyai pengalaman luas dalam dunia lakonan

“Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan jumpa dia dekat backstage. Masya-Allah, lamanya tak kerja sekali dengan Datuk @jalaludinhassan ini. Figura kesayangan malaysia.

“Sangat soft spoken, tinggi ilmu dan pengalaman dunia akhirat tapi sangat merendah diri. Hensem tak dimakan usia.

“Bayangkan, sehebat-hebat dia sebagai pelakon senior bila dah abis scene dengan dia, dia datang rapat dekat kau bisik ‘abang okay tak tadi tu azhan’.

“Kau rasa? Legend yang tanya kau. Aku nak jawab apa! Semoga datuk terus sihat dan bersemangat,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Azhan turut mendoakan  yang baik-baik buat Jalaluddin.

“Tahniah dan have fun untuk program Kilauan Emas Selebriti ni.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk datuk. Kalau nak tanya favourite aku dekat sini susah nak cakap. Semuanya bagus bagus.

“Boleh katakan hampir semuanya aku pernahberkerjasama. Salute dan respek otai,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Must Watch Video

Advertisement