Skip to main content

Selebriti

Azmi Saat Kongsi Keistimewaan OKU Penglihatan, Turun Tangga Laju Undang Perhatian Netizen - “Kami Pantas Kalau Ditempat Yang Dah Biasa”

Azmi Saat OKU turun tangga

Sekilas

  • Azmi Saat, vokalis Caliph Buskers, berkongsi video menunjukkan dirinya turun tangga dengan pantas untuk buktikan OKU penglihatan juga boleh aktif dan cergas.
  • Azmi jelaskan bahawa individu buta mampu bersukan dan bergerak laju terutama di tempat yang sudah biasa bagi mereka.
  • Azmi menyeru masyarakat dan majikan supaya beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU penglihatan walaupun mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi mesej postif mengenai kemampuan istimewa golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan seperti dirinya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Azmi memaklumkan OKU sepertinya juga mampu menjalani kehidupan aktif dan bekerja sama seperti individu lain.

Bukti itu juga turut disertakan dengan perkongsian video merakamkan dirinya sedang menuruni tangga dengan pantas sehingga mencuri perhatian ramai.

Azmi kemudiannya menjelaskan tindakannya itu dilakukan secara sengaja bagi menunjukkan bahawa individu buta juga mampu bergerak cergas terutama apabila berada di tempat yang sudah biasa bagi mereka.

“Video ini bukan disunting tau. Memang sengaja saya turun tangga laju. Bukanlah selalu saya turun begini.

“Saya cuma nak cerita yang orang buta ni pun cergas. Kami bersukan. Kami pantas kalau di tempat yang dah biasa,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Azmi turut menyeru masyarakat dan majikan supaya lebih terbuka dalam menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU penglihatan.

Kata Azmi, mereka mungkin memerlukan sedikit masa pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja, namun mampu memberikan prestasi baik apabila sudah mahir.

“Jadi, jangan ragu nak buka peluang kerja pada kami. Memang awalnya akan lambat sikit sebab belum biasa.

“Kalau dah mahir, pelumba kereta nombor satu dunia pun kalah tau. Tapi dia pun kena tutup matalah. Kakaka,” coretnya

Sumber: Threads @azmi_saat

Anda mungkin berminat dengan

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Advertisement