Skip to main content

Selebriti

Azmi Saat Takut Makan Seorang Di Kedai, Pilih Tapau Atau Order Dari Rumah - “Saya Selalu Risau Kalau Sedang Makan, Lepas Tu Ada Orang Tegur…”

Azmi Saat

Sekilas

  • Azmi Saat, vokalis Caliph Buskers, mengakui dia takut makan bersendirian di kedai makan.
  • Dia lebih selesa membeli makanan secara bungkus atau membuat pesanan dari rumah daripada makan di luar seorang diri.
  • Kebimbangan untuk berdepan situasi tidak dijangka ketika makan bersendirian menjadi sebab utama dia mengelak makan di kedai.

Penyanyi juga vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat, 39, mengakui dirinya mempunyai rasa takut untuk makan bersendirian di kedai makan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azmi berkata dia lebih selesa membeli makanan secara bungkus atau membuat pesanan dari rumah berbanding makan di luar seorang diri.

“Perut lapar. Kedai makan banyak juga di sini. Tapi, saya memang jenis takut nak makan di kedai kalau seorang diri.

“Entah kenapa dari dulu saya memang takut nak makan seorang di kedai. Kalau perlu pun, saya akan tapau dan makan di rumah. Tapi selalunya memang saya order dari rumah saja,” kongsinya.

Jelas Azmi lagi, dia mengakui kebimbangannya untuk berdepan situasi tidak dijangka ketika makan bersendirian menjadi antara faktor utama dia mengelakkan diri daripada makan di kedai.

“Saya selalu risau kalau sedang makan lepas tu ada orang tegur, lepas tu saya tak tahu nak respond macam mana,” coretnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement