Skip to main content

Selebriti

Azza Elite Beri Nasihat, Sesama Artis Tak Perlu Nak Menyombong - “Tak Apa Biar Kita Mulakan Senyuman, Orang Tak Senyum, Kita Bersangka Baik…”

Azza Elite nasihat jangan sombong

Sekilas

  • Azza Elite berkongsi pandangan bahawa sikap sombong bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang biasa, malah artis juga ada yang bersikap begitu.
  • Dia menasihatkan supaya kita mulakan dengan sikap positif seperti memberi senyuman walaupun tidak dibalas.
  • Azza mengingatkan supaya sentiasa bersangka baik dan tidak cepat membuat penilaian negatif terhadap orang lain.

Penyanyi, Azza Elite berpendapat sikap sombong tidak hanya berlaku kepada orang biasa malah turut terjadi dalam kalangan golongan artis juga.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Azza berkata, setiap individu mempunyai pilihan untuk mencorakkan suasana, termasuk memilih untuk memulakan sesuatu yang positif seperti memberi senyuman.

“Jangan kata you all dengan artis sahaja, artis dengan artis pun macam tu. Orang tak senyum, kita senyum macam senyum sikit je okay,” tulisnya.

Azza berkata demikian sebagai respon kepada hantaran seorang individu yang telah mencetuskan perbincangan di Threads apabila bertanyakan soalan mengenai artis Malaysia yang pernah ditemui dan disifatkan sebagai bersikap sombong.

Bagaimanapun kata Azza lagi, sekiranya senyuman tidak dibalas, maka disarankan untuk terus bersangka baik dan tidak cepat membuat penilaian negatif terhadap orang lain.

“Tak apa, biar kita mulakan senyuman, lepas itu orang itu tak senyum kita bersangka baik, sebenarnya dia lupa pakai spek mata, husnuzon,” kongsinya.

Sumber: Threads @azzaelite

 

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Advertisement