Penyanyi dan juga anggota kumpulan Elite, Azza meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap rakan-rakan artis yang sedang berdepan ujian penceraian.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Azza turut mengimbau kisah peribadi ketika melalui episod penceraian yang merupakan satu fasa cukup mencabar dalam hidupnya.
Advertisement
“Sedih dan sebak membaca penceraian sahabat-sahabat yang diuji. Saya pernah melaluinya.
“Korang tahu tak, ada satu hari selepas perceraian saya buat kopi. Tapi saya tak minum kopi. Bila ditanya untuk siapa, saya cakap untuk suami saya. Padahal masa tu saya dah cerai.
“Wei… naik atas melalak macam nak rak. Sesal. Itu kisah cerai saya,” kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Azza juga berkata tiada siapa yang berkahwin dengan niat mahu berpisah.
“Tak ada manusia pun nak berkahwin dan melalui perceraian. Bila berkahwin kali kedua selepas enam tahun solo, saya berazam menjadi isteri yang baik,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian Azza:
