Skip to main content

Selebriti

Azza Elite Rindu Nak ‘Solo Travel’ Semula - “Saya Kerja Gila-Gila Sampai Lupa Diri Sendiri”

Azza Elite me time

Sekilas

  • Azza dari kumpulan Elite meluahkan rasa rindu untuk melancong secara solo seperti dahulu.
  • Dia akui tanggungjawab besar terhadap keluarga dan pekerja membuatkan dia sibuk sehingga lupa beri ruang untuk diri sendiri.
  • Netizen memberikan kata-kata semangat di ruangan komen sebagai sokongan buat Azza.
Advertisement

Penyanyi yang juga anggota kumpulan Elite, iaitu Azza meluahkan rasa rindu untuk kembali menikmati pengalaman menggembara atau melancong secara solo seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Azza berkata dia sememangnya gemar melihat orang lain bercuti dan mencari pengalaman menjelajah ke pelbagai negara.

Advertisement

“Sebenarnya Kak Za suka tengok orang travel, sebab dalam jiwa Kak Za penuh dengan travelling gitu.

“Masa muda-muda dulu kemana-mana sahaja Kak Za boleh pergi sorang tau. Teringin juga solo travellers,” luahnya.

Bagaimanapun kata Azza, dia mengakui tanggungjawab besar terhadap keluarga dan pekerja membuatkan dirinya terlalu sibuk bekerja sehingga kadang-kadang terlupa untuk memberi ruang buat diri sendiri.

“Argh, aku kuat berangan, banyak negara yang Kak Za dah pergi. Ingat buat comeback nak travelling.

“Tapi kali ni ada handbag lah pula. Kena banyak menyimpan pergi sama-sama.

“Kadang-kadang saya rasa saya kerja gila-gila sebab tanggungjawab untuk mak, keluarga dan pekerja sangat besar sampai Kak Za lupa diri Kak Za. Kak Sa juga perlu masa untuk diri sendiri,” kongsinya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen membalas hantaran Azza itu dengan memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Anda mungkin berminat dengan

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement