Sekilas
- Azza Elite mendedahkan perniagaannya pernah terjejas akibat dakwaan seorang influencer yang menularkan isu tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.
- Azza menegaskan pentingnya menghubungi penjual dahulu sebelum memviralkan sesuatu isu bagi mengelakkan kerosakan pada perniagaan.
- Azza berkongsi pengalaman itu sebagai respon kepada luahan individu yang menasihatkan pelanggan supaya beri peluang kepada penjual menyelesaikan masalah sebelum mengambil tindakan viral.
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite mendedahkan pernah berdepan dengan pengalaman di mana perniagaannya terjejas akibat dakwaan seorang influencer.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Azza memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika dia menjalankan perniagaan bersama individu lain pada peringkat awal.
Kata Azza, tindakan menularkan sesuatu isu tanpa menghubungi atau mendapatkan penjelasan daripada pihak yang didakwa terlebih dahulu tidak sepatutnya dilakukan.
“Pernah kena dengan satu influenza (influencer), rosak perniagaan aku masa tu. Damage has Done
“Tak ada masalah kau contact aku dulu. Kau pilih viral sebab nama kau pun tak berapa. Suka guna viral orang!
“Boleh kah kita saman kawan-kawan? Boleh cakap seorang peguam. Maaf memang lah boleh kau pun dah betulkan balik. Tapi beragak lah.
“Hari ni kau musnahkan perniagaan orang! Esok lusa Allah musnah kan kau pula. Tapi ini berlaku masa di awal Kak Za ambil dengan seseorang . Tapi sekarang dah buat sendiri. Alhamdulillah,” kongsinya.

Azza berkongsi perkara itu sebagai respon kepada luahan seorang individu di Threads yang meminta pelanggan menghubungi penjual terlebih dahulu sekiranya berdepan sebarang ketidakpuasan hati.
Individu tersebut berkata, tindakan memviralkan sesuatu isu wajar menjadi pilihan terakhir sekiranya penjual enggan bertanggungjawab atau memberikan layanan yang tidak sewajarnya.
“Perniagaan sekarang ini kan, benda paling takut orang viralkan perkara yang kita tak nak. Tolong customer semua.
“Kalau ada apa-apa ketidakpuasan hati, tolong contact seller dulu. Incase seller rude atau tak nak bertanggungjawab, then teruskan,” tulis individu tersebut.