Filem Babah diumumkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) selepas menewaskan empat calon hebat iaitu Blood Brothers: Bara Naga, Reversi, Takluk: Lahad Datu dan Soloz: Game of Life.
Kemenangan ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, Kementerian Komunikasi dan FINAS memperkenalkan insentif khas berupa Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta kepada pemenang kategori ini.
Advertisement
Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim itu mengangkat kisah hubungan antara seorang bapa dan anak yang sarat dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan. Babah berjaya menambat hati juri dan penonton dengan penceritaan yang jujur dan menyentuh perasaan.
Menurut penerbit filem Babah, kemenangan ini adalah hasil kerja keras dan keikhlasan seluruh pasukan produksi.
“Saya percaya ini hasil keikhlasan bertungkus lumus untuk hasilkan yang terbaik. Setiap ahli pasukan memberi sepenuh jiwa dan tenaga, dan kemenangan ini adalah milik semua yang percaya pada Babah sejak hari pertama," katanya ketika ucapan.

Selain itu, pengarah filem Babah, Shah Faizul diumumkan sebagai pemenang Pengarah Harapan Terbaik.
Babah juga menyapu bersih beberapa trofi lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Cerita Asal Terbaik (Nadia Nadzri) dan Lakon Layar Terbaik (Wan Rafiq).


Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM34:
* Poster Terbaik: Tegkang (ARST)
* Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam (Soloz: Game of Life)
* Tatarias / Solekan Terbaik: Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu)
* Rekaan Kostum / Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
* Filem Pendek Terbaik: Saranghae (Rastech Worldwide Sdn Bhd)
* Filem Dokumentari Terbaik: Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)
* Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)
* Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman (Soloz: Game of Life)
* Skor Muzik Asal Terbaik: Muhammad Zaoff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzaini (Soloz: Game of Life)
* Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
* Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)
* Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game of Life)
* Pelakon Kanak-kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
* Aksi & Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team, Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers: Bara Naga)
* Anugarah Khas Juri 1: Agen Ali The Movie
* Anugerah Khas Juri 2: Lahad Datu
* Anugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib
* Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar
* Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty – Telaga Suriram
* Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)
* Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)
* Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)
* Lakon Layar Terbaik: Wan Rafiq – Babah
* Cerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)
* Pengarah Harapan: Mohd Shah Faizul (Babah)
* Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof (Soloz: Game of Life)
*
* Filem Terbaik: Babah