Sekilas
- Episode pertama KUDRAT 1968: High Council mendapat sambutan hangat, terutama babak tegang antara Abbas dan Cad semasa pendaftaran pelajar baru.
- Babak tersebut mendedahkan Abbas, lakonan Zarif Ghazzi, adalah anak kepada pengasas Kudrat, Ungku Deramat, yang menarik perhatian ramai penonton.
- Siri ini merupakan prekuel kepada dunia High Council dan mula ditayangkan pada 11 September dengan barisan pelakon seperti Mierul Aiman dan Zarif Ghazzi.
Baru sahaja episode satu, tapi rata-rata peminat universe High Council berpuas hati dengan siri KUDRAT 1968: High Council.
Menerusi tinjauan di media sosial, antara babak yang paling menarik minat penonton adalah momen tegang antara Abbas dan Cad sewaktu pendaftaran pelajar baharu Kudrat.
"Hang ingat ni sekolah bapak hang ka"
“🗣️ "Ungku Abbas bin Ungku Deramat" Satisfying betul part ni,” komen netizen.
Babak itu sekali gus memberitahu bahawa Abbas lakonan Zarif Ghazzi adalah anak kepada pengasas Kudrat iaitu Ungku Deramat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju babak tersebut merupakan antara babak paling menarik dalam episode satu KUDRAT 1968.
“Aura farming kan HAHAHAHAHAA.
“Aura farming top tier.
"Ehh lah memang sekolah bapak dia 🔥🔥Tak tahu kenapa benda ni paling best dengar harini 😂 maaf syakap ulang banyak kali part tu 🙏🏻
“Memang sekolah bapak dia weh “ 😭😭🤏🏻🤏🏻
“Priceless,” komen netizen.
Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Naskah arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
KUDRAT 1968: High Council sudah mula menemui peminat pada 11 September.