Skip to main content

Berita Tempatan

Baby Shima Bimbang Ada Peminat Lelaki Terlalu Obses, Ada Ugut Nak B*nuh Diri Minum Racun - "Saya Takut, Tak Tahu Apa Dia Bayangkan Bila Tengok ..."

BABY_SHIMA_ISLAND_BOI

Penyanyi popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu obses terhadap dirinya sehingga mengugut mahu bunuh diri dengan meminum racun.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut  menghantar mesej berbaur lucah ke akaun Instagramnya dan  mendakwa dirinya cemburu melihat aksi Baby Shima bersama model-model mat salih dalam muzik video (MV) lagu Island Boi ciptaan Ezra Kong.

Advertisement

“Saya akui ini bukan kali pertama menerima mesej yang pelik-pelik macam ni. Biasanya saya anggap semua itu hanya usikan atau gurauan peminat.

“Namun, peminat kali ini agak merisaukan saya. Betul. Sebenarnya dia dah banyak kali mesej di Instagram (IG) saya, tapi apabila dia cakap mahu bunuh diri dan minum racun, saya jadi takut.

“Bukan itu sahaja, caranya yang terlalu obses (mesej berbaur lucah) terhadap saya dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko. Saya tak tahu apa yang dia bayangkan  apabila tengok saya dalam  MV Island Boi sampai terlalu obses.

“Katanya dia dah lama minat saya sehingga rasa cemburu tengok saya bersama model-model lelaki dalam MV lagu baharu saja iaitu Island Boi.

“Takkanlah disebabkan rasa cemburu dia, saya nak kena ‘korbankan’ lagu ini. Bukan bajet kecil untuk MV ini. Lagi pun aksi manja saya hanya untuk  MV Island Boi, bukannya betul-betul pun. Hanya lakonan semata-mata,“ katanya.

Dalam masa yang sama, Shima juga akui terdapat komen-komen yang kurang menyenangkan apabila ada pihak yang menyalahkan dirinya.

Katanya, aksi Shima  dalam MV itu yang mendorong lelaki tersebut jadi gila seks.

“Tuduhan berat tu. Bagi saya,  seseorang itu jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat. Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tak ada pun yang terlalu obses. Mereka relaks saja,” ujarnya. 

Must-Watch Video