Skip to main content

Hollywood

Bad Bunny Hapus Perkongsian Di Instagram, Kekal Diikuti 53 Juta Pengikut

bad_bunny_ig

Sekilas

  • Bad Bunny menghapus semua perkongsian dan foto profil di Instagram selepas persembahan separuh masa Super Bowl yang mendapat perhatian ramai.
  • Tindakan ini menimbulkan spekulasi sama ada dia sedang berehat atau merancang pengumuman besar sebagai gimik.
  • Persembahan 13 minit Bad Bunny di Stadium Levi turut menampilkan kolaborasi dengan Lady Gaga, Ricky Martin, Cardi B, dan Pedro Pascal serta membawa tema simbolik yang kuat.
Advertisement

Bad Bunny membuat 53 juta pengikut di media sosial tertanya-tanya selepas menghapus semua perkongsian di Instagramnya, beberapa jam usai melakukan persembahan di acara separuh masa Super Bawl.

Selain menghapus perkongsian video dan foto, pemenang Grammy itu juga tidak mengikuti sesiapa di akaun Instagramnya. Penyanyi kelahiran Puerto Rico itu juga menghapus foto profil miliknya.

Advertisement

Tindakan itu menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat dan pemerhati hiburan.

Ada dalam kalangan peminat berasa Bad Bunny, 31, sedang ‘berehat’ selepas menerima banyak kritikan termasuk dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyifatkan persembahannya di Super Bawl sebagai satu penghinaan.

Sementara pihak lain pula membuat spekulasi Bad Bunny dalam perancangan untuk mengumumkan sesuatu yang lebih besar dan menghapus perkongsian di media sosial dilakukan sebagai gimik, lapor People.

Terdahulu, Bad Bunny menghebohkan dunia Hollywood dengan persembahan berdurasi 13 minit yang berlangsung di Stadium Levi di Santa Clara, California. 

Selain mendendangkan hitnya dalam bahasa Latin dan berkolaborasi dengan bintang terkenal Lady Gaga, Ricky Martin, Cardi B dan Pedro Pascal itu disifatkan mengusung banyak tema dan simbolik dalam persembahannya.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement