Sekilas
- Pelakon Badron Munirah terkejut menerima banyak mesej peribadi daripada lelaki selepas berkongsi aktiviti sukan HYROX di media sosial.
- Kebanyakan mesej mengandungi soalan peribadi yang dianggapnya tidak perlu dan ada yang bertanya tentang preferensinya dalam hubungan.
- Badron memilih untuk mengabaikan mesej tersebut, terutama apabila mendapati ada pengirim yang berstatus suami orang dan bukan dari kalangan industri hiburan.
Pelakon Badron Munirah mengakui terkejut apabila menerima sejumlah mesej peribadi daripada lelaki selepas berkongsi penglibatannya dalam aktiviti sukan HYROX di media sosial.
Menurut Badron, kebanyakan mesej yang diterimanya datang daripada golongan lelaki yang bertanyakan soalan peribadi yang disifatkannya sebagai tidak perlu untuk ditanya.
“Sebenarnya saya still terkejut selepas saya buat HYROX., Saya post gambar saya main HYROX, apa aktiviti saya buat, surprisingly ramai yang DM. Mostly lelaki. Dia orang bertanya soalan yang saya rasa macam tak perlu ditanya pun.
“Saya tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin saya ni dia orang tengok sebahagian daripada diaorang, saya tak tahu sebab saya mudah berkawan dengan semua orang, Saya selesa berkawan dengan perempuan, lelaki, ataupun semua lah. Saya selesa.
“Mungkin itu juga faktor yang menarik. Ada satu yang buat saya rasa sangat tertarik bila tengok macam dia chat, dia tanya something yang berkaitan dengan saya punya preferences lah. Saya suka lelaki atau perempuan.
“Yang membuatkan saya macam... "Okay, kau tanya soalan ni, saya klik dia punya profil... wei, kau ni suami orang, wei! Alamak, suami orang ah? Ha, macam mana ni?" Terkejutlah. Saya tak pernah dapat... soalan yang macam tu daripada suami orang,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Badron memilih untuk tidak melayan mesej berkenaan dan mengambil pendekatan untuk mengabaikannya.
Tambah Badron, individu terbabit bukanlah seseorang yang dikenalinya dalam industri hiburan.
“Saya ignore je. Saya ignore, saya takkan layan message... message yang macam tu. Saya tengok je. surprisingly, ya.
“Bukan orang dalam industri. Mungkin orang yang ada something in common, bersukan. Cuma terkejut dia berstatus suami orang. Macam, ‘Ini pun ada?’ ujarnya.