Skip to main content

Viral

"Bagaimana Saya Nak Maafkan?" - DSV Betul-Betul Patah Hati Dengan Iqbal, Buka Cerita 'Simpan Benih' Dalam Hospital?

Astro Gempak dsv iqbal

Sekilas

  • Datuk Seri Vida berkongsi secara terbuka bahawa dia masih belum mampu memaafkan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, atas perkara yang berlaku sebelum ini.
  • Vida mendedahkan pengorbanan besar yang pernah dilakukannya termasuk menyimpan benih di hospital dan menanggung kos bulanan yang tinggi.
  • Hubungan mereka pernah dirancang untuk berkahwin tetapi tidak kesampaian, dan Iqbal kini cuba melupakan kisah lalu dan meneruskan kehidupan.
Advertisement

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi luahan peribadi mengenai hubungannya dengan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli.

Menerusi satu sesi siaran langsung di kediaman Datuk Seri Aliff Syukri pada Sabtu, Vida secara terbuka mengakui masih belum mampu memaafkan Iqbal atas perkara yang berlaku sebelum ini.

Advertisement

Menurut Vida, antara sebab utama dia sukar melupakan perkara tersebut adalah kerana pengorbanan besar yang pernah dilakukan ketika hubungan mereka masih rapat.

“Disebabkan masa tu saya muda lagi, saya telah simpan benih untuk disenyawakan dalam hospital tapi tak jadi kahwin. Saya minum pamoga.

“Bagaimana saya nak maafkan, saya 'pelihara' (simpan) benih saya tu selama bertahun-tahun. Setiap bulan berapa saya nak tanggung benih saya yang ada dalam hospital tu.

Advertisement

“Bulan-bulan saya bayar wang, macam mana saya tak marah?” luahnya.

Untuk rekod, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila kedua-duanya merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Selepas perpisahan, Iqbal memilih untuk meneruskan kehidupan dan mengakui cuba melupakan kisah lalu.

“Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah. Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” katanya sebelum ini.

Sumber: Threads Kina Rosli

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement