Skip to main content

Hiburan

“Bagi Dia Masa, Saya Yakin Dia Mampu Lunaskan” - Isteri Datuk Red

Datuk Red

Sekilas

  • Rohanita, isteri baru Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, berkongsi tentang cabaran hidup suaminya termasuk isu hutang yang sedang dihadapi.
  • Dia memuji usaha Datuk Red yang tidak pernah putus asa untuk melunaskan hutang walaupun menghadapi pelbagai kritikan dan kesukaran.
  • Rohanita meminta orang ramai memberi ruang dan sokongan kepada suaminya serta yakin Datuk Red mampu menyelesaikan tanggungjawabnya.
Advertisement

Isteri baharu pempengaruh dan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu iaitu Rohanita menyorot perhatian selepas memuat naik hantaran menyentuh hati mengenai suaminya itu yang dianggap kini berdepan dengan pelbagai cabaran hidup.

Menerusi hantaran yang dibuat, Rohanita memaklumkan bahawa suaminya yang mesra disapa Datuk Red itu menyedari akan segala kekurangan dan kesilapan termasuk isu hutang yang sedang dilaluinya.

Advertisement

Malah, dia sendiri melihat kesungguhan Datuk Red yang disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah berhenti berusaha untuk melunaskan segala hutang yang dihadapinya.

“Dia tahu dia seorang yang bankrup, dia tahu dia seorang bapa yang gagal, dia tahu dia banyak hutang, dia tahu ramai membenci dia.

“Dia cakap dengan saya, malu nak kahwin dengan saya.

“Tapi saya nampak usaha dia. Saya tak ada bagi dia duit. Setiap hari dia akan cakap, ‘Abang nak bayar hutang.’

“Dia tahu setiap hutang kena bayar. Setiap hari pagi sampai ke malam dia berniaga. Rindu anak-anak, dia tahan,” luah Rohanita.

Dalam masa yang sama, wanita berusia 35 tahun itu meminta orang ramai memberikan Datuk Red ruang kerana yakin suaminya itu mampu membayar segala hutang.

Di akhir perkongsian, Rohanita menitipkan kata-kata semangat buat Datuk Red serta mendoakan agar suaminya itu kuat berdepan dengan segala ujian dan cabaran.

“Bagilah dia masa, saya yakin dia mampu akan lunaskan. Dia hanya perlu kekuatan dan semangat.

“Abang sayang, berdoalah agar abang sihat dan selesaikan tanggungjawab abang. Nita ada belakang abang… Nita tak pergi,” tulisnya lagi.

Terdahulu, seorang individu menyorot perhatian apabila mendakwa bahawa bapanya merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam urusan pembelian tanah yang dikaitkan dengan Datuk Red di Hulu Langat, Selangor.

Dakwa wanita itu, Datuk Red mempunyai hutang berjumlah lebih RM48,000 terhadap bapanya berkaitan pembelian tanah tersebut.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement