Skip to main content

Hiburan

“Bagilah Saya Bernafas, Saya Ni Konten Untuk Naikkan Nama Setiap Minggu Ke?” - Dr. Fie

Dr. Fie

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah atau Dr. Fie meluahkan keletihan mental dan tekanan selepas berdepan pelbagai isu susulan perceraian dengan penyanyi Nubhan.
  • Beliau merasakan dirinya seperti tidak diberi ruang untuk bernafas dan mempersoal sama ada dirinya dijadikan konten untuk perhatian orang lain.
  • Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan perceraian Nubhan dan Dr. Fie pada 2 Disember lalu, selepas mereka berkahwin sejak 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memberi bayangan dirinya ketika ini berdepan dengan keletihan mental dan tekanan berpanjangan.

Menerusi Threads, Afifah yang mesra disapa Dr. Fie meluahkan rasa seolah-olah dirinya tidak pernah diberi ruang untuk bernafas selepas berdepan dengan beberapa isu selepas perceraiannya dengan Nubhan.

“Bagilah saya bernafas sekejap. Setiap minggu saya macam tercungap-cungap.

“Lepas cerai, hal bibik, hal hadanah, hal hospital, hal cium anak dan hal halau rumah. Bagilah saya bernafas kejap,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Dr Fie turut mempersoal adakah dirinya ini dijadikan sebagai konten untuk dijadikan sebagai bahan perhatian demi kepentingan orang lain.

“Saya ini digunakan sebagai konten ke apa? Memang sengaja buat macam ini untuk naikkan nama setiap minggu ke? Ya Allah, tak larat,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Fie meluahkan kekecewaan terhadap Nubhan yang didakwa telah mengeluarkan barang peribadi daripada rumahnya tanpa sebarang notis.

Dakwa Dr. Fie lagi, ini bukanlah kali pertama bekas suaminya itu bertindak sedemikian terhadapnya.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement